Total Pageviews

Wednesday, August 26, 2009

Salam Ramadhan Al Mubarak

Salam Ramadhan Al Mubarak...


Alhamdulillah,setelah sekian lama tidak ada peluang untuk update blog ini, hari ini sempat jua menulis di sini...

cuti pertenggahan semester tamat...

pengalaman cuti mid sem kali ini, adalah di uji dengan kesihatan..

Masya Allah, hanya Allah sahaja yang mengetahui...

Tambahan pula, dikaitkan dengan isu H1N1...

setakat ini shj, berpuluh orang meninggal akibat serangan penyakit ini..

Alhamdulillah, dengan izin Allah bersama usaha dan doa aku terlepas dari serangan H1N1.



Apa yang menyedihkan, aku tidak dapat menyiapkan assgnment individu pada masa yang ditetapkan..buatpun ala kadar..runsing difikirankan, adakah pensyarah ku menerima atau tidak...Aku amat berharap, assignment ku juga dinilai dan diberi markah...



Di bumi Sintok, aku meriah berbuka dengan sahabat2 perjuangan. makan ramai2 di masjid.

Teringat aku kenangan bersama2 sahabat2 di Polimas..setiap kali Ramadhan,kami akan bersama2 berbumi dalam talam disurau..terutama bersama AJK Kamsis, Polimas.









Re-union di Pantai Merdeka










Sewaktu Kursus AJK Kamsis Polimas di Pulau Tali Kail



Semoga ukhwah kita kekal selamanya.


setenggah semester sudah berlalu, kini masa berperang dengan assignment dan juga peperiksaan pertengahan semester. Tambahan pula dengan projek Kesukarelawanan yang aku ambil sebagai elektif bebas... memang memenatkan, namun aku cuba sahut cabaran ini untuk kejayaan masa depan ku, dan semoga Allah mempermudahkan segala urusan ku..amin...










Saturday, August 1, 2009

cuti sudah berakhir

Semalam tamat sudah cuti.
Ari start kuliah sperti biasa, tetapi H1N1 belum berakhir.

penulis mencari semangat baru...
cuti memang mengembirakan,namun terdapat bnyak perkara yg menyebabkan tertngguh.

dalam kelas kesukarelawanan,
ingin penulis berkongsi sedikit buat motivasi pada diri..
Dr Azizan Bahari menyatakan,
kita umpama satu konsep bank..
apa yang dimaksudkannya???

kita akan menabung duit di bank dengan harapan duit akan berkembang,
mungkin dari segi dividen atau faedah.

begitu juga dengan diri kita, kita perlu menambah ilmu dengan harapan kita bangun menjadi orang yang berjaya dalam apa jua bidang...

begitulah yang dimaksudkan...

dalam menempuh hujan renyai..

penulis terdengar satu keluhan dari insan bernama lelaki..
situasinya,
lelaki tersebut memberi buah rambutan kepada kawannya bernama perempuan..

ayat yang menarik perhatian saya..

SUSAH HAMPA PEREMPUAN, SEMUA NAK KENA KONTROL..NAK MAKAN RAMBUTAN PUN KENA KONTROL2.MCM KAMI NI SENANG JER, TAK PAYAH KONTROL2...

Ehm..penulis mencari maksud apakah yang dikatakan susah..
ulasannya akan ditulis di lain hari..


NurSha09