Total Pageviews

Sunday, October 18, 2009

KAWAN YANG BAIK

Mempelajari sesuatu yang bernilai dalam program LANDAS


Kenangan bersama sahabat2 ketika program LANDAS di Sg Petani



Bukannya senang nak cari kawan yangbaik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.

Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada disisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik.
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.
Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita,
kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita,
kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baikyang baik,
kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yangbaik ...
kepada kawan baik kita.

Dan semoga kita menjadi kawan baikyang baik...!!!!!

Amin Yarabbil Alamin.

Wednesday, October 14, 2009

Muslimat Power


1) Sumayyah bintu Khoiyat

Beliau begitu tabah dan thabat mempertahankan kesucian kalimah tauhid لااله الاالله walaupun diseksa oleh musyrikin dan akhirnya mendapat martabah syahid di disisi Allah SWT sehingga Rasullah SAW sentiasa memuji-muji kesabaran yang ditonjolkan oleh Sumayyah dan keluarganya dengan mengungkapkan“صبران ال يسير“yang bermakna bersabarlah seperti keluarga Yaser.


2) Asma bintu Abu Bakar


Beliau telah diamanahkan oleh Rasulullah SAW untuk membawa makanan ke gua Tsur iaitu tempat persembunyian baginda dan Abu Bakar ketika peristiwa hijrah.Baginda sempat berpesan kepada Asma agar tidak sekali-kali membocorkan rahsia lokasi persembunyian baginda kepada sesiapapun.Dengan keikhlasan hati,Asma telah sanggup memikul tanggungjawab yang sungguh berat ini meskipun mengetahui risiko yang begitu tinggi menanti beliau.Beliau telah diberi keberanian oleh Allah untuk mempertahankan rahsia meskipun ditampar oleh orang musyrikin ketika disoal siasat.


3) Ummu ‘Amarah


Nama sebenar beliau adalah Nusaibah bintu Ka’ab.Meskipun seorang wanita,beliau tidak ragu-ragu meminta izin daripada Nabi Muhammad SAW untuk turut sama menghunus pedang bersama kaum lelaki lain di medan perang demi membela Nabi Muhammad SAW dan perjuangan Islam.Nabi tidak mensia-siakan semangat yang ditonjolkan oleh beliau,jauh sekali untuk mengatakan,”Tempat perempuan hanyalah di rumah sahaja.”Sebaliknya, Nabi Muhammad SAW telah memberikan kata perangsang dan motivasi kepada beliau.Ini membuktikan bahawa kemampuan wanita juga tidak diperkecilkan daripada menyahut tuntutan jihad fi sabilillah di dalam Islam.

4) Rufaidah Islamiyah


Beliau telah merawat para mujahid yang cedera ketika berperang di jalan Allah sehingga dinobatkan sebagai doktor pertama dalam Islam.

5) Ummu Salamah


Ummu Salamah telah memberi cadangan yang bernas sebagai jalan keluar kepada Nabi Muhammad SAW dalam Peristiwa Hudaibiah ketika sahabat tidak bersetuju untuk kembali ke Madinah dan mengerjakan haji pada tahun berikutnya.

6) Khansak


Beliau merupakan ibu yang telah menyuntik semangat jihad kepada kesemua putera beliau untuk terjun ke medan perang.Akhirnya,kesemua putera beliau mendapat syahid di sisi Allah.
Inilah barisan pejuang Allah di kalangan wanita yang sepatutnya kita hayati dan tauladani segala jerit-perih mereka dalam mempertahankan agama Allah SWT. Memetik kalam Assyahid Syeikh Ahmad Yasin.


“Didiklah kaum wanita dengan thaqafah islamiyah.Maka dia akan mendapat syahid.Didiklah mereka melakukan gerakkerja Islam serta menceburi pelbagai skop kerjaya meskipun menjadi seorang guru,doktor,jurutera dan lain-lain”
Insya Allah, lahirlah muslimat power...
Power! Power! Power!