Total Pageviews

Saturday, February 20, 2010

~~Lukisan Jiwa~~

Teruja melihat blog sahabat-sahabat..
Banyak pengisian yang memberi makna dalam memberi keinsafan buat diri ku..Hari ini aku mengambil peluang untuk mencorek lukiran jiwa ku...
Sekian hari, kini hari berakhir sudah cuti pertengahan semester bersamaan cuti raya cina.

Sedih menguasai jiwa,
Semua sanak saudara berkumpul meraikan cuti sempena ulang tahun kelahiran kakak ke dua ku. Biarpun begitu,jiwa ku tidak kosong.Byk pengisian jasmani dan rohani terisi biarpun terpaksa berkorban 2 adenda terismetiwa buat ku..

Perancangan awal, cuti ku akan dipenuhi dengan rapatkan ukhwah bersama keluarga. Keduanya, akan meramaikan dan melengkapi ulangtahun ke 11 alumni ISIP di Pendang. Ketiganya, melengkapkan pengisian dakwah dan Islah bersama sahabat2 Sintok.

Namun, Allah takdirkan aku melebihi bersama sahabat2 sintok untuk berkampung di Sg Pau,Sik. Kami mengisi pelbagai agenda sebelum merialisasikan hasrat ke 'kenduri kawin'. Pelbagai pengisian di atur supaya matlamat utama tercapai.

Di antara kenangan2nya adalah,
~~ menziarah Pondok Al Rahmania..Tuan Guru Hj Salleh Musa, yang merupakan salah seorang ulama' yang ada di bumi Kedah. Tuan Guru adalah pengetua Pondok Al Rahmania..
Terasa begitu bertuah kerana dipilih Allah bersama2 dalam rombongan ini.
`` sempat lagi menerima ijazah dari Tuan Guru..jika mengamalkannya, insya Allah kita dalam lindngan Allah...

'Bismillah, Rabiallah, Hasbiallah, Tawakkaltualallah, 'itasomtubillah, fau'atuamriilallah, MasyaAllah,Laquwataillah billah'

++ Dapat mengetahui ulama' keterunan nabi...berdarah Rasullullah s.a.w.

``selepas menziarahi Tn Guru,rombongan Sintok menuju kesebuah pusat peranginan..damai disana,teruja dengan ciptaaan Allah.terusik jiwa hasil kretiviti manusia..Subhanallah...

Smpat diriku melihat telatah sahabat2..mejoriti bukan orang kedah.senyuman dan tawa riang tak mungkin dapt ku lupakan.

berkampung di Sik dapat aku mengenali serba sedikit budaya masyarakat setempat.Keharmonian serta ukhwah jelas sekali dipenglihatan.Bekerjasama dalam merialisasikan kerja..

pertama kali merasa kenduri makan dalam talam.di lihat komitmen dari jenerasi pemuda bertungkus lumus menjayakan kenduri.meriah teramat sangat.

kejadian alam ciptaan Allah di bumi sik amat mempersonakan ku.Air yang mengalir,bukit bukau yang indah mempersilakan kami menjelajahinya..nyaman tanpa kotoran buatan manusia.Subhanallah..hanya Allah yangmengetahui perasaan seorang hambaNya yang menghayati keindahan ciptaaanNya.

Hari berlalu, berat rasa hati meninggalkan bumi sik.rasa 4 hari umpama sekejap sahaja.Kaki ku ingin melangkah pulang menemui ibu tercinta,namun hati masih terpaut di bumi sik.walaupun ini kali ke dua aku berkampung di situ,namun terdapat kelainan yang membuatkan rasa sayang untuk melangkah pulang..Indah ISLAM di bumi Sik.Teruja dan terpesona..Tetapi aku perlu atur langkah ku..kerana masih jauh perjalanan ku sebagai hamba Mu...

Sehari bersama Ibu,
memberi seribu satu makna kepada ku...aku sayang IBU..
tak tergambar dan tak mampu ku berkata2 indah bersama ibu..

Maafkan aku ibu,
aku perlu teruskan perjalananku..
masi dan visi belum tercapai,
doa dari mu ibu amat ku perlukan,
demi islam dan semuanya kerana Allah.

sehari sebelum habis cuti,
sempat ku ziarahi sabahat2 alumni polimas.
terasa bersalah kerana tidak dapat bersama2 di pendang,
tapi ku luangkan sedikit masa bersama2 diRFC...
indahnya bersahabat kerana Allah.
seminit berjumpa,memberi seribu satu makna...

tika malam,
berjumpa di 'Di kelubi',
tempat yg mengeratkan ukhwah antara kami dari peringkat pengajian lagi dan hingga ke hari ini.
bermesyuarat dalam menghasilkan keputusan yang hebat dalam memantapkan alumnai zon utara..Alhamdulillah,segalanya berjalan lancar..semoga segala usaha semua mendapat rahmat dari Allah...

kini ku menyusun langkah untuk meneruskan perjuangan di bumi sintok...

Saturday, February 6, 2010

~~Hati kecil~~bukan kecil hati....

Kembali ke ruangan maya ini...

Hari ini banyak bermonolog sendiri.Setelah semalam, semalaman berfikir akan kejadian-kejadian yang di anggap satu masalah dalam pengurusan hidup.

Kata orang,
Iman seorang manusia lebih kental jika di beri ujian....

Sejauh mana kebenaran kata-kata orang itu?

Tepuk dada tanya iman..

Namun secara peribadinya..
Seharusnya bergembiralah seorang insan jika menerima ujian dariNya..
Sesungguhnya insan-insan yang mendapat ujian itu adalah insan terpilih disisi Allah.Hadapilah ujianNya sepenuh keyakinan dengan kematangan kerana di sebaliknya hikmah berganda-ganda.

Tika jari rancak menari dengan alunan musik kecil key board,
sempat lagi hati kecil bersuara...
apa nak jadi dengan manusia hari ini??

mengejar dunia tanpa memikir akhirat..
Sempat berbincang dengan sahabat secara maya..
sistem perniagaan dalam malaysia hari ini,masih banyak celanya.
murni perniagaan itu kerana ia adalah sunnah..

namun,
siapa yang harus dipersalahkan??

fikir lagi...


adakah kita ni hanya dilahirkan sebagai pemikir ker?
bila kita hendak menjadi pengerak?
ohhh...

iman kental menjawab..
chaiyok!! sekarang harus ku bermula...
langkah pemikiran laju dari kaki,
supaya dapat menghantap segala keilmuaan untuk membawa kebenaran...

wah...
hebat seorang insan..
Aku bila lagi???
Adakah hanya disini???

Hati kecil berhenti disini...