Total Pageviews

Wednesday, March 10, 2010

~~Buat Wanita Solehah~~

Assalamualaikum,

Semoga memberi pengajaran.
Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu
Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu
dengan Rasulullah S.A.W. untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus
untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di
Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil
Rasulullah S.A.W. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan mberi
tazkirah seperti berikut:

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan / kaum wanita. Wahai kaum wanita, aku
lihat kamu ini lebih banyak di neraka"

Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang
demikian? Adakah sebab kami ini kufur?â€
Rasulullah S.A.W. menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu
yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka, ia ituâ€

1. Kamu banyak mengutuk / menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya:

1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.


Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1
Katakan kita telah lama menunggu bas. Tetapi bas masih tidak kunjung tiba,
akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ini dah mampus
agaknya"

Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita
memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah,
hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni
jugak nak habis"

Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak
mengiktiraf kebaikan, di sini bermaksud tanggung jawab yang telah
ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami
yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan 'kufurkan kebaikan suami'.

Rasulullah S.A.W berkata, "Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri,
jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu
ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia
akan berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak"
(Terjemahan langsung dari Arab)

Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan
perkataan seperti berikut: "Selama hidup dengan awak, apa yang saya
dapat?" Tak guna sesen pun'

Rasulullah S.A.W sambung lagi, 'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini,
saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala
amalannya.'

Saranan Rasulullah S.A.W yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak
beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2
perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang
disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:

1). Sabda Rasulullah S.A.W : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X
sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."
Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah
S.A.W. menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda
sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk
mencapai ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam
amalan-amalan harian kita.
2) .Sabda Rasulullah S.A.W: "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan
dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang
tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti
berdukacita"

3). Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya
dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk
kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak.

Sedekah
Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:


1. Tutur kata / percakapan yang baik. Yang paling utama ialah terhadap
keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya
bagaimana hendak menambat hati suami.

Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah S.A.W yang pertama,
tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang
hayat baginda S.A.W, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga
sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan
cemburu dikalangan isteri-isteri baginda. Diriwayatkan juga, Jibril as
setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri,
selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah S.A.W telah
bertanya beliau, dan jawab Jibril. "Khadijahlah satu-satunya perempuan
yang Allah S.W.T berkenan tuturkatanya"

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah.
Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah S.A.W pernah bersabda,
"Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah" Terdapat juga suatu syair
Arab yang berbunyi:

"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah"

Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah S.A.W marilah kita
bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat
sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu,
maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

"SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW"

Saturday, March 6, 2010

~~~ Renungan sebagai penyejuk jiwa ~~~

MEMANG Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

MEMANG Allah snegaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

MEMANG Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KERAH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

MEMANG Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan dan kehidupan kita pada masa depan...

MEMANG Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

MEMANG Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA PADA ALLAH.

MEMANG Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.



P/S: Wahai DIRI yang kecewa, menderita dan sengara kerana cinta. Fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai kepenghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tak pasti menjadi milik kita. Gapailah keredhoan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA dan meninggalkan laranganNYA. Percayalah, sesungguhnya ALLAH malu unttuk menolak permintaan hambaNYA yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA.