Total Pageviews

Tuesday, November 2, 2010

~~Banjir Kedah 02-11-2010~~




Dua hari bermalam di Jitra kerana hujan. Tidak dapat pulang ke rumah bonda tercinta.
Hari ni 02-11-2010, alhamdulillah hujan sudah berhenti. Namun, ada lagi ujian Allah buat hamba-hambaNya. Banjir kawasan Jitra menyebabkan niat hati untuk pulang ke rumah bonda terpaksa lagi ditangguhkan. Beberapa kenalan ku hubungi. Rupanya, kedah dan perlis memang banjir besar. Berita dari sahabat di Kelantan, ramalan banjir tahun ini adalah banjir terbesar. Takut Ya Allah..

Petang bersama sahabat membantu muslimat dalam gerakkan membantu mangsa banjir. Sekitar jam 3.00 petang telah berdaftar 6000 orang mangsa banjir bagi Negeri Kedah. Daerah kubang pasu sahaja beribu mangsa banjir. Sempat ke tempat penempatan mengsa banjir di Sek Ren Bandar Darulaman, Lubuk Kawah, dan Bukit Tinggi.

Pelbagai fenomena berlaku. Dengan ribuan masyarakat yang menjadi mangsa,tambahan pula bantuan yang tidak dapat disegerakan dengan pelbagai kerenah pihak pentadbiran dan sebagainya.

Sedih melihat semua mangsa banjir. Alhamdulillah rumah bonda ku terselamat dari mangsa banjir dan aku sendiri tidak pernah merasai fenomena ini. Bagi ku, ini kenangan walaupun pahit untuk menerima,sekurangnya aku boleh melihat dengan mata sendiri apa yang berlaku.

Paling menyedihkan, dalam kesibukan mangsa banjir menyelamatkan diri. Mencari makanan dan sebagainya. Sempat aku merakamkan memori dihatiku. POlis menyaman kereta yang di parking bersebelahan dengan pasar malam. Mungkin itu kereta pembeli di pasar malam. Tetapi, tidak terfikirkan. Dalam kesesakan banjir dan sesaknya kenderaan boleh lagi polis itu menyaman. Kereta yang di parking tidak langsung menghalang lalu lintas di jalan. Kemungkinan besar kereta itu milik mangsa banjir yang mungkin meletak kerata jauh dari banjir kerana tempat letak kereta disitu penuh. Kemungkinan milik mangsa banjir yang sedang mencari makanan. Apa pun kemungkinan pada pandangan peribadi memang tidak wajar perkara ini berlaku dalam kegawatan manusia menyelamatkan diri dan membantu menyelamatkan mangsa banjir.

Takdir Allah, diri ku juga menjadi mangsa banjir pada hari menjelang malam. Rumah sewa tempat berteduh telah diancam oleh air yang ingin mengalir mencari tempat terakhirnya. Berpindah randah seperti insan lain. Betapa aku mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Doa ku, moga semua berada dalam keadaan selamat. Ku redho dan pasrah atas takdirNYa. Moga ada ikmah disebalik ujian Allah ini.

Esok misi ke 2...insyaAllah..bersama muslimat kubang pasu..