Total Pageviews

Wednesday, December 30, 2009

Tahun Baru

Sudah lama tidak menulis diruangan ini. Bukan tiada cerita, tetapi kekangan masa..

esok masuklah tahun 2010. ikutkan tahun ini banyak agenda yang telah disusun dengan nama lain perancangan yang akan dilakukan. tapi setelah melihat kepada keadaan dan situasi pada hari ini..perancangan terpaksa diabaikan..untuk meneruskan pada lain tahun, mungkin ya..tapi bergantung kepada keadaan...tertanya2 juga..perancangn apa ya?

ehm..setiap manusia yang normal hidupnya perlu merancang dalam pelbagai aspek supaya keputusan yang dibuat tidak mengikut nafsu yang menyebabkan keadaan menjadi serabut..walaupun pada hakikatnya kita perlu mempunyai pemikiran yag kretif supaya dapat membuat satu keputusan on the sport, namun perancangan perlu supaya hasrat dan impian kita tercapai dengan berkesan....

itulah..perancangan yang saya sentuhkan..tahun baru menjelang..perancangan baru perlu dilakukan. namun perlu kita nilai semula perancangan kita yang lepas..adakah tercapai??

dari situ kita dapat membuat keputusan, peracangan bagai mana harus kita cipta...

berkongsi sedikit diruangan ini..
awal pendaftaran kolej semester ini sasya mendapat sahabat baru...
seronok..tapi ada yang sedihnya...saya tak kenal dia sampai hari ni..siapa dia??naluri saya menyatakan saya kenal dia...

Sunday, October 18, 2009

KAWAN YANG BAIK

Mempelajari sesuatu yang bernilai dalam program LANDAS


Kenangan bersama sahabat2 ketika program LANDAS di Sg Petani



Bukannya senang nak cari kawan yangbaik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.

Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada disisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik.
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.
Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita,
kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita,
kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baikyang baik,
kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yangbaik ...
kepada kawan baik kita.

Dan semoga kita menjadi kawan baikyang baik...!!!!!

Amin Yarabbil Alamin.

Wednesday, October 14, 2009

Muslimat Power


1) Sumayyah bintu Khoiyat

Beliau begitu tabah dan thabat mempertahankan kesucian kalimah tauhid لااله الاالله walaupun diseksa oleh musyrikin dan akhirnya mendapat martabah syahid di disisi Allah SWT sehingga Rasullah SAW sentiasa memuji-muji kesabaran yang ditonjolkan oleh Sumayyah dan keluarganya dengan mengungkapkan“صبران ال يسير“yang bermakna bersabarlah seperti keluarga Yaser.


2) Asma bintu Abu Bakar


Beliau telah diamanahkan oleh Rasulullah SAW untuk membawa makanan ke gua Tsur iaitu tempat persembunyian baginda dan Abu Bakar ketika peristiwa hijrah.Baginda sempat berpesan kepada Asma agar tidak sekali-kali membocorkan rahsia lokasi persembunyian baginda kepada sesiapapun.Dengan keikhlasan hati,Asma telah sanggup memikul tanggungjawab yang sungguh berat ini meskipun mengetahui risiko yang begitu tinggi menanti beliau.Beliau telah diberi keberanian oleh Allah untuk mempertahankan rahsia meskipun ditampar oleh orang musyrikin ketika disoal siasat.


3) Ummu ‘Amarah


Nama sebenar beliau adalah Nusaibah bintu Ka’ab.Meskipun seorang wanita,beliau tidak ragu-ragu meminta izin daripada Nabi Muhammad SAW untuk turut sama menghunus pedang bersama kaum lelaki lain di medan perang demi membela Nabi Muhammad SAW dan perjuangan Islam.Nabi tidak mensia-siakan semangat yang ditonjolkan oleh beliau,jauh sekali untuk mengatakan,”Tempat perempuan hanyalah di rumah sahaja.”Sebaliknya, Nabi Muhammad SAW telah memberikan kata perangsang dan motivasi kepada beliau.Ini membuktikan bahawa kemampuan wanita juga tidak diperkecilkan daripada menyahut tuntutan jihad fi sabilillah di dalam Islam.

4) Rufaidah Islamiyah


Beliau telah merawat para mujahid yang cedera ketika berperang di jalan Allah sehingga dinobatkan sebagai doktor pertama dalam Islam.

5) Ummu Salamah


Ummu Salamah telah memberi cadangan yang bernas sebagai jalan keluar kepada Nabi Muhammad SAW dalam Peristiwa Hudaibiah ketika sahabat tidak bersetuju untuk kembali ke Madinah dan mengerjakan haji pada tahun berikutnya.

6) Khansak


Beliau merupakan ibu yang telah menyuntik semangat jihad kepada kesemua putera beliau untuk terjun ke medan perang.Akhirnya,kesemua putera beliau mendapat syahid di sisi Allah.
Inilah barisan pejuang Allah di kalangan wanita yang sepatutnya kita hayati dan tauladani segala jerit-perih mereka dalam mempertahankan agama Allah SWT. Memetik kalam Assyahid Syeikh Ahmad Yasin.


“Didiklah kaum wanita dengan thaqafah islamiyah.Maka dia akan mendapat syahid.Didiklah mereka melakukan gerakkerja Islam serta menceburi pelbagai skop kerjaya meskipun menjadi seorang guru,doktor,jurutera dan lain-lain”
Insya Allah, lahirlah muslimat power...
Power! Power! Power!

Sunday, September 27, 2009

Hasil Projek Kesukarelawanan


Salam Syawal.

Selamat Hari Raya di ucapankan pada kaum muslimin dan muslimat. Moga Ramadhan yang baru berlalu berakhir dengan penghapusan dosa dari Allah. Insya Allah.

Alhamdulillah, projek yang dijalankan sudah dibentangkan untuk penilaian pensyarah sebelum cuti raya lagi.

Pendapat dari pensyarah projek ini berjaya kerana telah melibatkan badan-badan yang berstatus di dalam Malaysia.

Bahang lelah sepanjang menyiapkan projek terasa kian beransur hilang. Walaupun projek ini banyak rintangan dan juga ujian namun, ia berjaya di mata penilai. Walaupun pada dasarnya, niat hati untuk mencari pengetahuan dan juga kemahiran dalam erti kata kesukarelawanan tetapi ianya memberi satu kenangan yang sukar dilupakan.

Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan projek ini, terutama ahli kumpulan, pensyarah kursus, jemputan-jemputan iaitu YB Ahli Parlimen Pendang, Wakil dari KUSDA Holding dan YDP PERKIM UUM serta sahabat-sahabat lain. Semoga pertolongan yang disalurkan mendapat keredhoan Allah dan beroleh ganjarannya.

NurSha UUM09


Wednesday, September 9, 2009

Separuh Masa Kedua Piala Taqwa!

Topik ini ku petik dari penulisan Abu Saif dari www.saifulislam.com untuk kita kongsi bersama..
Moga ia memberi manfaat buat semua..Insya Allah

“Wahai orang-orang yang beriman, puasa telah diwajibkan ke atas kamu sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas generasi sebelum kamu, mudah-mudahan (dengan puasa itu) kamu bertaqwa” [al-Baqarah 2: 183]

Sahabat,

Kita sudah pun masuk ke separuh kedua bulan Ramadhan. Separuh kedua ini biasanya adalah pusingan penentu. Jika kita umpamakan Ramadhan ini seperti perlawanan bola sepak, separuh masa kedua bukan lagi ruang untuk cuba-cuba mengintai pihak lawan, berkhayal mencari strategi dalam bayangan atau sekadar berlari turun naik padang tanpa arah tujuan. Semua orang sudah mesti tahu apa peranan masing-masing dan sudah tiba masanya untuk bertindak dan menyerang.

Apakah jaringan kita setakat separuh masa kedua ini?

Andai masih 0-0, perlu dikaji apa yang tidak kena. Maksiat kita tinggalkan, tapi kebaikan tidak kita lakukan. Tambah-tambah lagi jika maksiat ditinggalkan hanya semata-mata “rakan syaitan jin dan manusia” tertambat dan bukannya kerana dorongan mahu mendampingi Tuhan. Jangan lupa, buat sesuatu kerana selain Allah itu riya’, meninggalkan sesuatu kerana selain Allah juga adalah riya’.

Andaikata kita sudah mendahului dengan jaringan 1-0, syukurlah kepada Allah. Namun kita belum selamat. Pasukan Nafsu masih terlalu hampir untuk membuat jaringan persamaan, mereka tidak henti-henti menyerang sedangkan pertahanan kita semakin keletihan. Tambahlah bilangan bola yang berjaya dibawa melepasi pertahanan Pasukan Nafsu yang degil itu. Biar jarak kemenangan kita itu berada di zon selamat, bukan sentiasa di atas urat.

Tambah-tambah dekat nak Raya, penyokong pasukan nafsu semakin bersesak-sesak masuk ke gelanggang. Pekiknya makin menggerunkan. Jangan pula kalian lemah semangat kerananya. Kita pasukan Tuan rumah, harus menang sekurang-kurangnya di gelanggang sendiri.

Namun, kalau sudah masuk pusingan kedua, masih lemah ditinggalkan masa, hubaya hubaya… kamu di ambang kekalahan. Piala Taqwa itu bakal jatuh ke tangan orang lain, iaitu ke tangan Pasukan Nafsu yang memang diketahui tidak kenal dan kenang nilai Piala Taqwa. Ia hanya mahu mengalahkan pasukan kita, ia hanya mahu melihat Piala Taqwa itu tidak berada di tangan kita.

Apakah musim depan kita masih berpeluang untuk masuk gelanggang? Tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan, bahkan jurulatih terhandal pun tahu masa yang ada di tangan kita hanyalah sekarang. Masa lalu telah berlalu, masa hadapan tak pasti kesampaian. Dan masa sekarang yang ada di tangan kita, hanya tinggal separuh masa kedua… apakah masih ada ruang untuk berlengah?“

Jibril datang kepadaku dan berkata, ‘Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadhan, namun setelah bulan itu habis dan ia tidak mendapat ampunan, maka jika mati ia masuk Neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan: Amin!. Aku pun mengatakan: Amin! “ (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya)

Wednesday, September 2, 2009

Projek Kesukarelawanan

Berbakti untuk kemajuan penduduk Kampung Tempoyak
Tarikh :29 Ogos 2009 (Sabtu)
Tempat: Kg Tempoyak Pendang, Kedah

Sepanjang menjejak kaki di bumi Sintok, inilah pertama kali aku memikul amanah sebagai pengarah projek. Seribu satu pengalaman dapat ku ambil sebagai pembelajaran dan pengalaman. Persediaan diri telah ku buat semasa aku deside hendak mengambil subjek kesukarelawanan. Namun aku tidak menjangka, bahwa akulah yang perlu menerajui projek ini. Bagi orang lain,mungkin projek ni simple.Tapi tidak bagi aku..

Fasa pertama,
Setelah pembahagian tugas, semua menjalankan amanah masing2. Dr Azizan telah menetapkan satu kumpulan seramai 10 orang.
Semasa cuti, aku turun mencari sponser. Alhamdulillah, berhasil usaha ku atas pertolongan seorang sahabat.

Fasa kedua,
Urusan dengan pihak-pihak terlibat universiti. Kerenah biokrasi memang jelas. Namun, inilah dikatakan proses pembelajaran..

Pada tarikh yang dijanjikan,
Dalam hujan yang renyai perjalanan dari UUM telah kami aturkan pada 7.00pg.
Sesat seketika bila tiba di tanah bertuah,Pendang.Alhamdulillah, selamat tiba pada jam 8.15 pg.
Hari yang hujan menyebabkan penduduk kampung lewat untuk turun, YB Dr. Mohd Hayati tiba sebelum penduduk kampung. Inilah ujian pertama buatku di program ini. Namun alhamdulillah, majlis perasmian yang dirasmikan oleh YB Dr Mohd Hayati Othman selaku ahli parlimen Pendang dapat dijalankan dengan sempurna.






Kenangan bersama YB Dr Mohd Hayati Othman

Bermula aktiviti yang dirangka setelah rasminya program kami. Bersyukur sangat YB turun, namun sedikit terkilan dengan penglibatan penduduk pada peringkat awal. Ini adalah salah satu kelemahan pihak penganjur dalam publisiti program.

Jam 10.15 pg, slot ceramah dimulakan, namun hadir lagi ujian yang kedua. Shot elektrik. Mengambil masa 15 minit untuk menyelesaikan perkara ini. Alhamdulillah, setiap masalah ada penyelesaiannya. Allah ingin melihat kesabaran umatNya disamping ia memberi kemanisannya.

Majlis berjalan dalam hujan yang sekejap lebat dan renyai. Walaupun begitu, objek yang ingin disampaikan tercapai. Pendedahan tentang penyakit H1N1 dan cara perubatan dalam perubatan alternatif (Homeopati) dapat disampaikan. Selesai ceramah Dr (H) Ahmad Mustaqim membuat rawatan percuma bersama stafnya. Perjalanan program terkawal dan berhenti pada time yang ditetapkan iaitu jam 1.00tgh hari.







Kenangan bersama Dr (H) Ahmad Mustaqim Murad, dari KUSDA Holding.

Rehat seketika, setakat ini respon dari penduduk program ini baik dan mereka ingin penerusan atau kesinambungan berkaitan dengan kesihatan ini. Rawatan diberikan dari aspek chek tekanan jantung, tekanan darah dan juga kaunseling kesihatan.




Kenangan bersama Ketua Kampung, Pak Teh.

Kenangan dengan Muslimat Kampung Tempoyak, Pendang Kedah

Slot seterusnya adalah Motivasi Pendidikan yang dikendalikan oleh Saudara Mohd Jelani Mohd Noor, student UUM, degree Kaunseling. Sejam slotnya, kami meneruskan dengan aktiviti LDK yang telah dirancang.

Matlamat kami, moga adik-adik faham apa ertinya cita2 dan pentingnya pendidikan dalam mengejar cita2. Selain itu, kami terapkan keberanian untuk bercakap dihadapan. Sperti sedia maklum, generasi hari ini adalah pemimpin untuk masa hadapan. Jadi pada pandangan saya amat penting pendedahan seperti ini kerana kebiasaan budak jika ia tiada pendedahan mereka tidak tahu bagaimana untuk melaksanakan. Alhamdulillah, slot berjalan dengan lancar.


Kenangan bersama adik-adik Kampung Tempoyak, Pendang.
Program tamat jam 5.00ptg. Kami rehat dan solat dan kami agihkan sahabat2 ke rumah penduduk untuk membantu penyediakan untuk berbuka puasa. Ada yang ke masjid dalam membantu pengagihan bubur lambuk. Sekitar jam 6.30ptg group ke bazar Ramadhan Pendang.
Apa yang dilihat disini, bazar yang meriah, yang menarik minat saya adalah kuih mereka hanya 5 biji RM1.00 berbanding dengan kuih yang dijual di Utara Kedah. Sememangnya kebajikan penduduk kampung ini terjaga.
Dalam perjalanan ke parking kereta, 1 pengalaman baru yang saya lihat. Berlakunya kemalangan, pelangaran motor dengan motor. Sampai saat ini ia terbayang dimata. Perkara ini membuatkan saya lebih beringat ketika menunggang motosikal. Sememangnya saya suka membawa laju, itu merupakan satu kepuasan bagi saya. Disaat ini, saya lebih berhati2.
Setelah masuk waktu, kami berbuka di rumah Nuranita, ada kalangan penduduk kampung juga hadir memeriahkan lagi. Alhamdulillah, selesai solat Insyak, dalam hujan yang renyai kami bertolak pulang ke Sintok. Selesai segala urusan dan tiba di bilik tepat jam 12.00 malam.
Sesungguhnya, banyak pelajaran yang saya dapat terutama sekali komunikasi dan juga keyakinan sebagai pemimpin. Selain itu, program ini membuka mata dan keinginan saya untuk lebih mengetahui dan melibatkan diri dalam kesukarelawanan. Insya Allah...
NurShaUUM09

Wednesday, August 26, 2009

Salam Ramadhan Al Mubarak

Salam Ramadhan Al Mubarak...


Alhamdulillah,setelah sekian lama tidak ada peluang untuk update blog ini, hari ini sempat jua menulis di sini...

cuti pertenggahan semester tamat...

pengalaman cuti mid sem kali ini, adalah di uji dengan kesihatan..

Masya Allah, hanya Allah sahaja yang mengetahui...

Tambahan pula, dikaitkan dengan isu H1N1...

setakat ini shj, berpuluh orang meninggal akibat serangan penyakit ini..

Alhamdulillah, dengan izin Allah bersama usaha dan doa aku terlepas dari serangan H1N1.



Apa yang menyedihkan, aku tidak dapat menyiapkan assgnment individu pada masa yang ditetapkan..buatpun ala kadar..runsing difikirankan, adakah pensyarah ku menerima atau tidak...Aku amat berharap, assignment ku juga dinilai dan diberi markah...



Di bumi Sintok, aku meriah berbuka dengan sahabat2 perjuangan. makan ramai2 di masjid.

Teringat aku kenangan bersama2 sahabat2 di Polimas..setiap kali Ramadhan,kami akan bersama2 berbumi dalam talam disurau..terutama bersama AJK Kamsis, Polimas.









Re-union di Pantai Merdeka










Sewaktu Kursus AJK Kamsis Polimas di Pulau Tali Kail



Semoga ukhwah kita kekal selamanya.


setenggah semester sudah berlalu, kini masa berperang dengan assignment dan juga peperiksaan pertengahan semester. Tambahan pula dengan projek Kesukarelawanan yang aku ambil sebagai elektif bebas... memang memenatkan, namun aku cuba sahut cabaran ini untuk kejayaan masa depan ku, dan semoga Allah mempermudahkan segala urusan ku..amin...










Saturday, August 1, 2009

cuti sudah berakhir

Semalam tamat sudah cuti.
Ari start kuliah sperti biasa, tetapi H1N1 belum berakhir.

penulis mencari semangat baru...
cuti memang mengembirakan,namun terdapat bnyak perkara yg menyebabkan tertngguh.

dalam kelas kesukarelawanan,
ingin penulis berkongsi sedikit buat motivasi pada diri..
Dr Azizan Bahari menyatakan,
kita umpama satu konsep bank..
apa yang dimaksudkannya???

kita akan menabung duit di bank dengan harapan duit akan berkembang,
mungkin dari segi dividen atau faedah.

begitu juga dengan diri kita, kita perlu menambah ilmu dengan harapan kita bangun menjadi orang yang berjaya dalam apa jua bidang...

begitulah yang dimaksudkan...

dalam menempuh hujan renyai..

penulis terdengar satu keluhan dari insan bernama lelaki..
situasinya,
lelaki tersebut memberi buah rambutan kepada kawannya bernama perempuan..

ayat yang menarik perhatian saya..

SUSAH HAMPA PEREMPUAN, SEMUA NAK KENA KONTROL..NAK MAKAN RAMBUTAN PUN KENA KONTROL2.MCM KAMI NI SENANG JER, TAK PAYAH KONTROL2...

Ehm..penulis mencari maksud apakah yang dikatakan susah..
ulasannya akan ditulis di lain hari..


NurSha09

Monday, July 27, 2009

Hari cuti

Salam buat semua...
H1N1...
Dilema yang belum berakhir..
Diri sendiri jua tidak mampu untk membuat ulasan, walaupun gembira kerana dapt cuti..
tapi hati runsing,
bnyak perkara yang terpaksa ditngguhkan..
terutama projek yg melibtkan pemarkahan..huhu..
letih jadinya,walaupun cuti..
mulai hari ini, dan mungkin awal ogos baru start smula kuliah..
semoga daptlah sama2 kita muhasabah balik,
apakah erti disebalik ujian Allah ini...

moga bertemu selepas cuti...

Saturday, July 25, 2009

Bila langit mula mendung

Kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling kita, "Cuaca buruk je akhir-akhir ni ye.." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan?

- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm ni
- Payah nak buat apa2 kalauhujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!

Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan doa : "Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.

1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram ni..?" Macam biasa dengar ayat tu kan ? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.

Sedarkah kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, doa mustajab.Sekarang ini, di tempat kita hampir tiap-tiap hari hujan. Tiap-tiap hari ada masa untuk doa menjadi mustajab.

Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun ada juga mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud : "Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru hari ini kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada kita sekarang ini ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)

Semoga ada iktibar untuk peringatan kita."Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)

Wednesday, July 22, 2009



DAPATKAN BUKU ILMIAH INI SEKARANG YANG BOLEH MEMBERI ANDA SATU KEPUASAN.......

Thursday, July 16, 2009

Petang ku yang letih

pagi ini, bangunku dengan azam ..
keceriaan ku seiring langkah ku menuju ke kelas...
namun, bak kata pepatah " diharapkan panas hingga ke petang, namun hujan ditengah hari..."


tapi..aku menganggp ada hikmah i sebaik ujian Allah..
blog ini ku create walaupun letih..
selalu ajar kawan buat blog, tapi diri sendiri tak der blog,
kan abadikan pesanan dan peringatan buat diri ku juga insn yang berminat untuk berkongsi..


Houri,