Tarikh :29 Ogos 2009 (Sabtu)
Tempat: Kg Tempoyak Pendang, Kedah
Sepanjang menjejak kaki di bumi Sintok, inilah pertama kali aku memikul amanah sebagai pengarah projek. Seribu satu pengalaman dapat ku ambil sebagai pembelajaran dan pengalaman. Persediaan diri telah ku buat semasa aku deside hendak mengambil subjek kesukarelawanan. Namun aku tidak menjangka, bahwa akulah yang perlu menerajui projek ini. Bagi orang lain,mungkin projek ni simple.Tapi tidak bagi aku..
Fasa pertama,
Setelah pembahagian tugas, semua menjalankan amanah masing2. Dr Azizan telah menetapkan satu kumpulan seramai 10 orang.
Semasa cuti, aku turun mencari sponser. Alhamdulillah, berhasil usaha ku atas pertolongan seorang sahabat.
Fasa kedua,
Urusan dengan pihak-pihak terlibat universiti. Kerenah biokrasi memang jelas. Namun, inilah dikatakan proses pembelajaran..
Pada tarikh yang dijanjikan,
Dalam hujan yang renyai perjalanan dari UUM telah kami aturkan pada 7.00pg.
Sesat seketika bila tiba di tanah bertuah,Pendang.Alhamdulillah, selamat tiba pada jam 8.15 pg.
Hari yang hujan menyebabkan penduduk kampung lewat untuk turun, YB Dr. Mohd Hayati tiba sebelum penduduk kampung. Inilah ujian pertama buatku di program ini. Namun alhamdulillah, majlis perasmian yang dirasmikan oleh YB Dr Mohd Hayati Othman selaku ahli parlimen Pendang dapat dijalankan dengan sempurna.
Kenangan bersama YB Dr Mohd Hayati Othman
Bermula aktiviti yang dirangka setelah rasminya program kami. Bersyukur sangat YB turun, namun sedikit terkilan dengan penglibatan penduduk pada peringkat awal. Ini adalah salah satu kelemahan pihak penganjur dalam publisiti program.
Jam 10.15 pg, slot ceramah dimulakan, namun hadir lagi ujian yang kedua. Shot elektrik. Mengambil masa 15 minit untuk menyelesaikan perkara ini. Alhamdulillah, setiap masalah ada penyelesaiannya. Allah ingin melihat kesabaran umatNya disamping ia memberi kemanisannya.
Majlis berjalan dalam hujan yang sekejap lebat dan renyai. Walaupun begitu, objek yang ingin disampaikan tercapai. Pendedahan tentang penyakit H1N1 dan cara perubatan dalam perubatan alternatif (Homeopati) dapat disampaikan. Selesai ceramah Dr (H) Ahmad Mustaqim membuat rawatan percuma bersama stafnya. Perjalanan program terkawal dan berhenti pada time yang ditetapkan iaitu jam 1.00tgh hari.
Rehat seketika, setakat ini respon dari penduduk program ini baik dan mereka ingin penerusan atau kesinambungan berkaitan dengan kesihatan ini. Rawatan diberikan dari aspek chek tekanan jantung, tekanan darah dan juga kaunseling kesihatan.
Matlamat kami, moga adik-adik faham apa ertinya cita2 dan pentingnya pendidikan dalam mengejar cita2. Selain itu, kami terapkan keberanian untuk bercakap dihadapan. Sperti sedia maklum, generasi hari ini adalah pemimpin untuk masa hadapan. Jadi pada pandangan saya amat penting pendedahan seperti ini kerana kebiasaan budak jika ia tiada pendedahan mereka tidak tahu bagaimana untuk melaksanakan. Alhamdulillah, slot berjalan dengan lancar.
No comments:
Post a Comment