Salam Syawal.
Selamat Hari Raya di ucapankan pada kaum muslimin dan muslimat. Moga Ramadhan yang baru berlalu berakhir dengan penghapusan dosa dari Allah. Insya Allah.
Alhamdulillah, projek yang dijalankan sudah dibentangkan untuk penilaian pensyarah sebelum cuti raya lagi.
Pendapat dari pensyarah projek ini berjaya kerana telah melibatkan badan-badan yang berstatus di dalam Malaysia.
Bahang lelah sepanjang menyiapkan projek terasa kian beransur hilang. Walaupun projek ini banyak rintangan dan juga ujian namun, ia berjaya di mata penilai. Walaupun pada dasarnya, niat hati untuk mencari pengetahuan dan juga kemahiran dalam erti kata kesukarelawanan tetapi ianya memberi satu kenangan yang sukar dilupakan.
Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan projek ini, terutama ahli kumpulan, pensyarah kursus, jemputan-jemputan iaitu YB Ahli Parlimen Pendang, Wakil dari KUSDA Holding dan YDP PERKIM UUM serta sahabat-sahabat lain. Semoga pertolongan yang disalurkan mendapat keredhoan Allah dan beroleh ganjarannya.
NurSha UUM09
No comments:
Post a Comment