Sedang draf report praktikum, teringat untuk menyonteng diruangan sawang ku ini. Dah bersarang, lama tak menyonteng. Hari ini, hari kedua praktikum ku tamat. Rindu dengan kerenah dan gelagat di PADKM. Dengan aktiviti harian bersama pelangan, bersama-sama kakitangan PADKM dan aktiviti-aktiviti bebas disana.
Mengimbau kembali ketika ku membuat keputusan ingin menjalankan Praktikum di PADKM.
Pada mulanya aku dengan mek
" Jamilah" ingin membuat praktikum di dalam Kampus UUM sahaja memandangkan malas nak cari firma sendiri. Apabila semester baru dibuka, kami bertandang ke UIL untuk membuat semakan nama kami dan mencadangkan department yang kami minat. Sebelum membuat pilihan kami mendengar sedikit taklimat tentang kursus yang ditawarkan untuk pelajar praktikum yang berminat untuk menjalankan praktikum under UIL. Semester ini hanya ditawarkan 2 kursus iaitu under usahawan dan U grade (event).
Setelah berbincangan dengan mek, kursus yang ditawarkan langsung tidak menarik dan tak tidak kena langsung dengan jiwa kami. Kebetulan mek tengah ber"sms" dengan Slay
"Salasiah" dan menceritakan masalah yang kami lalui. Slay mencadangkan PADKM dan memberikan kami no telefon PADKM atas nama En Ibrahim.
Sementara menunggu Lecturer masuk kelas, aku memikirkan negetif dan positif untuk aku berkampung di Sungai Petani selama 4 bulan. Kenapa tidak di Alor Setar sahaja, dkat sikit? Setelah dipertimbangkan dengan akal yang waras akhirnya aku buat keputusan untuk memilih Sungai Petani. Ustaz Basyir seolah-olah tahu akan kerunsingan aku, dia masuk lambat dari selalu dia mengajar. Aku menggunakan kesempatan ini untuk telefon En Ibrahim. Sekali dail terus dapat. Gabra cicak juga, uh...Alhamdulillah jawapan disambut dengan baik dan aku mendapat jawapan yang positif. "Positif ni kearah baik. Bukan macam chek HIV, negetif baru baik"..
Akhir aku dengan mek pasrah akan keputusan yang dibuat dan berserah kepada Allah. Aku selalu berdoa agar keputusan yang aku buat secara singkat ini adlah keputusan yang terbaik. Kebetulan Slay juga ingin bersama-sama kami untuk praktikum. Aku ke UIL untuk mendaftar cadangan firma. Dengan sedikit perbincangan, UIL setuju untuk menguruskan pendaftaran antara UIL dengan PADKM. Alhamdulillah, aku tak perlu terbang ke Sungai Petani untuk mendapatkan kebenaran dari PADKM. Kekangan waktu menyebabkan tidak bernafsu nak berjalan-jalan @ makan angin. Segalanya kami berserah kepada Allah.
Sampai masa untuk pelajar mendapatkan slip pendaftaran praktikum, aku dengan mek ke UIL sekali lagi untuk mendapatkan slip. Sedihnya dihati, slip kami tiada. Kata pengawai berkenaan, PADKM telah terima kami. Tapi tiada surat jawapan lagi dari PADKM. Dia memberi kami waktu untuk kami hadir semula. Tapi yang peleknya slip Slay dah siap???
Tak per, sabar. Mudah-mudahan ada hikmah disebaliknya. Mek Mneghubungi semula En Ibrahim. Seperti mana pegawai UIL bagitahu, begitulah kata En Ibrahim. Kami diterima di PADKM. Sampai dihari yang dijanjikan kami pergi mengambil slip pendaftaran. Alhamdulillah selesai bahagian UIL.
Di Sungai Petani:
Atas pertolongan adik-adik Alumni Polimas mencari rumah sewa, kami ada penginapan untuk berkampung 4 bulan. Taman Ria Jaya tempat pertama yang kami tuju pada 30.05.2010. Macam-macam persoalan dari fikiran kami. Runsing tahap "cipan" memikirkan penerimaan staf PADKM terhadap kami. Berteka-teki kami, macam-macam ada. Macam manalah rupa En Ibrahim yang akan menjadi penyelia kami nanti? Ada yang kata tua beruban, gemuk dan macam-macam lagi. Kat mana la Pejabat Agama ni? dan lagi-lagi...
Tiba hari pendaftaran, atas pertolongan adik junior ku sampai la kami ke pejabat agama. Ehm..rupanya kami dah pernah sampai ke Masjid Ar-Rahman sewaktu program LANDAS bersama Ustaz Kamarudin. Tak sabar kami nak jumpa En Ibrahim. Kami disambut oleh mak cik Mahani. Akhirnya terjawab juga bagaimana rupa En Ibrahim..haha...satu pun tak betul tekaan kami.
Melapor diri dan dihadapkan depan Pegawai Agama, Tuan Syeikh Yusop Majid. Banyak tanya juga. Adoi..takut gak tak terjawab. Serius hanya Allah sahaja yang tahu. Selepas diberi sedikit taklimat kami di bawa ke dapur untuk makan.
Persepsi pertama;
Serabut: mungkin sebab ramai sangat pelajar praktikum.
Pilih kasih: ada ustazah tu, kerek. Asyik marah ja. Time tu aku gelar dia "Puting Beliung".haha..Sekarang dah jadi "Guru Besar".
Aku difahamkan, warga PADKM ni umpama "family". Tak nampak pun. Kat mana? Siap disuruh timbang untuk membezakan dari awal datang dan habis nanti...............
Akhirnya hari ini,
dah habis praktikum....
Begitu banyak kenangan yang sukar dilupakan. Kenangan bersama Tuan Syeikh Yusop, adalah bantu siapkan kertas kerja. Biarpun Tuan Syeikh tidak cepat dalam menggunakan teknologi namun bijak dalam melengkapkan isi kertas kerja. Ketawa Tuan Syeikh terngiang-ngiang ditelinga. Ada niat kami bertiga nak rakam ketawa Tuan Syeikh, nak buat ringtone. Tapi tak tercapai, takut..HUHU..
Bersama PADKM memang tergambar umpama sebuah keluarga. Telatah dan ragam dari semua masih tergambar dimata hati. Kadang-kadang tersenyum sorang-sorang. Lawak campur lucu semua ada.
Apa yang paling tak dapat dilupakan adalah kenangan dengan ustazah Tahirah. Awal-awal masuk, macam puting beliung. Tiap-tiap hari ada saja gerhana yang buat dia meletop. Ingat dalam hati, apa la ustazah ni..benci sangat ka kat kami???
Akhirnya, saya jawab sendiri la. Ada hikmah disebaliknya. Biarpun pada awalnya hati ku luka bak dihiris dengan pisau "pelit" namun hari ini ku simpulkan bahawa apa yang penting "kerjasama".
Tentulah sekali fokus dalam setiap kerja yang dilakukan supaya dapat elak daripada melakukan kesilapan. Tambahan lagi niat asal adalah untuk praktikum dengan kata nama lain praktikkan apa yang telah belajar dan belajar apa yang perlu dibelajar.Kenangan keluar operasi memang banyak beri pengajaran dan pengalaman. Ingat lagi kenangan panjat pagar. Tak pernah-pernah ku buat. Al maklum la, rumah tak berpagar. Gelagat-gelagat penguatkuasa, masing-masing dengan karisma tersendiri. Ayahda yang selalu bagi orang tergejut. Pak Id yang selalukan kami. Ustaz Bidin yang unik disebalik wajahnya. Kalau bab makan sapa lagi kalau tak ustaz Zaiferi dengan ustaz Anizan. Yang hebat sekali ustaz Ya ar..Haha..tak dia. Operasi tak jalan.uh...Orang yang selalu belanja makan.ehm...patut la suruh timang siap-siap. Tiap-tiap keluar, mestinya ustaz Ya belanja. Tu tak campur makan hidangan mak cik Mahani lagi. Memang debab sungguh la berkampung kat PADKM ni selamat 4 bulan.
Pengalaman mengikuti cerapan hilal atau dengan nama lain "tengok anak bulan", adalah satu pengalaman yang tidak terjangka. Kalau operasi, dah selalu bersama dalam gerakan disiplin POLIMAS. Biarpun tidak sama seperti operasi PADKM tapi sekurangnya sudah biasa. Tetapi menengok anak bulan ni. Memang sangat tidak tersangka.
Aku antara insan yang bertuah..Ewah..hehe...dapat juga merasa mengiringi banduan ke Penjara Pokok Sena. Kalau tak kerana praktikum kat PADKM. Tak sampai ler aku ke situ. Nak balik sempat lagi kena marah dengan ustazah Tahirah. Gatai tangan nak ambil gambar. Marah la kawan. Uh..nasib baik tak dak sakit jantung. Kalau dak boleh pengsan kena marah. Haha..marah pun marah la..memang best dapat pengalaman ini.
Tengok pendrive teringat dekat ustaz Mad. "pendraf". Hahaha..minta maaf ustaz. Sekarang Shipah dengan Wani la pula kena buat "pendraf" ustaz Mad. Ustazah Aisyah, Ustazah Aminah dan Ustaz Idris. Tidak banyak sangat kerja yang saya bantu. Namun sifat keibuan dari ustazah-ustazah terubat rindu saya kepada ibu di kampung.
Sesi kaunseling banyak memberi motivasi kepada saya. Mahupun secara langsung atau tidak langsung. Kekadang terselit kerunsingan dalam alam rumah tangga. Hakikatnya, segalanya ditentukan Allah. Ujian dan cabaran yang diberikan adalah kayu ukur dalam menilai tahap keimanan hambaNya. Kebijaksanaan menggunakan akal yang dianugerahkan khas untuk manusia sahaja.
Bersama pelanggan dikaunter memang memerlukan banyak kesabaran. Otak perlu aktif dan cekap. Memenuhi kehendak pelangan adalah tanggungjawab kita.
Tak lupa pada masakan mak cik Mahani. Memang sedap. Boleh buka katering atau kafe. Memang sale out punya.
Pak CIk Aziz, sound yang kuat. Hehe..minta maaf pak cik. Teringat, terlupa buka report akhir pak cik untuk ambil maklumat operasi minggu-minggu terakhir.
Ikutkan hati macam-macam lagi nak menyonteng disini. Alamatnya, tak siap la report. Sesungguhnya, pengalaman yang saya perolehi disini memang sesuai dengan jiwa saya yang selalu bersama remaja. Bukan sahaja boleh dipraktikkan pada diri sendiri malahan boleh berkongsi bersama masyarat khursusnya dan adik-adik junior amnya.
Jutaan terima kasih pada semua. Halalkan makan minum, harta benda dan khasnya adalah ilmu. Akan saya pergunakan sebaiknya apa yang saya dapat dari PADKM.
Sepuluh jari saya susun, mohon ribuan kemaafan atas khilaf yang terlanjur atau tidak disedari. Saya mengharap sangat agar kekeluargaan yng kita bina tidak putus disaat ini, diharap kekal abadi.
Serangkap pantun khas untuk semua..
Dari Kodiang ke Sungai Petani,
Berkampung di Taman Ria Jaya,
Warga PADKM sangat baik hati,
Umpama sebuah keluarga bahagia.
Jika ada sumur di ladang,
Boleh saya tumpang mandi,
Jika ada umur yang panjang,
Moga kita bertemu lagi.