Total Pageviews

Tuesday, August 31, 2010

Malam Kemerdekaan

30 Ogos 2010 semasa pulang dari kerja, tercetus satu keputusan untuk berprogram di Peneng sempena sambutan tahun kemerdekaan.

6.20 petang bergerak bersama sahabiah dengan motosikal KCB 421 ke Peneng. Pertama kali pi Peneng naik motor.

Sesat juga sementara nak sampai.
Sampai di tempat berkumpul, teruja hati melihat betapa ramai sukarelawan yang datang untuk memberi khidmat tenaga dalam usaha mencegah kemaksiatan.

Dari jauh nun di Sintok sebiji bas gabungan PERKIM dan RM. Terasa hilang kepenatan melihat kesungguhan sahabat sahabiah dari jauh datang membawa senyuman ingin bersama-sama merialisasikan program yang dirancang.

Bersama-sama jemaah Maghrib dan Insyak serta solat tarawih. Selepas solat tarawih,kami dibahagikan kumpulan dan diberi taklimat perjalanan program.

Pada jam 12.20 malam, kami dilepaskan kedataran untuk menjalankan amanah dan tugas yang diberikan. Pantai bersih menjadi sasaran pada malam ini. Seronok melihat suasana malam. Yang kurang seronoknya ramai manusia yang menjalankan aktiviti-aktiviti masing-masing ditepi pantai.

Sedih sangat. KENAPA aku sedih??
Pertamanya sebab mejoriti adalah orang melayu. Keduanya sebab aktiviti disitu kebanyakkan memancing, menyanyi, makan-makan, merenung suasana diseberang, bermotosikal dan macam-macam lagi. Ketiganya adalah disebabkan malam ini adalah malam ke 21 Ramadhan 1431. Aktiviti yang tidak bersesuaian. Bukan sahaja golongan remaja yang ramai. Tetapi kanak-kanak dan orang dewasa pun banyak berada disitu.

Itulah budaya orang Malaysia menyambut malam kemerdekaan. Langsung tidak memikirkan fadhilat amalan malam-malam terakhir Ramadhan.

Sempat menemubual pasangan tok wan dan nenek yang duduk memandang pemandangan seberang laut.

Saya: Assalamualaikum.(Sambil bersalam dengan nenek)
Nenek: Waalaikumsalam.
Saya sempat memandang kearah tok wan yang langsung tidak berminat dengan kehadiran saya. Mungkin saya dianggap menganggu mereka menikmati keindahan malam.

Nenek: Dari mana ni?
Sambil melihat sekeliling yang kebetulan memang ramai golongan-golongan seperti saya.

Saya: Dari Sungai Petani. Ada program kemerdekaan kat sini. Nek ngan wan dari mana? Dah lama ker duduk kat sini? Cantikkan malam ni?

Nenek: Kami pun dari sg Petani. Mai dari tadi lagi nak tengok bunga api kat sebelah sana.
Mungkin jawapan saya yang menyatakan dari Sg Petani menarik minat tok wan.

Wan: Dok kat mana di Sg Petani?

Saya: Saya Praktikum kat Pejabat Agama Sg Petani. Dok kat Taman Ria Jaya. Cantik dak bunga api? Tiap-tiap tahun ker datang sini?

Wan: ooo...ni mai dengan orang pejabat agama ka?
Nenek: Tak nampak pun bunga api. Tahun ni ja mai sini selalu dok pi pantai merdeka dengan anak-anak. Tahun ni anak-anak tak dak.Kami mai berdua saja la.

Saya: Tak. Mai ngan kawan-kawan. (Sambil menunjuk kearah kawan-kawan yang bertugas mengikut cara sendiri)

Setelah lama berborak dengan tok wan dan nenek. Bertanya sikit-sikit maklumat yang aku inginkan. Aku minta diri untuk urusan seterusnya. Sempat lagi tok wan dan nenek berpesan supaya aku jaga diri.

Terima kasih aku untuk mereka atas pesanan yang diberikan. Sekurangnya aku tahu ada juga insan yang senang dengan aktiviti aku.

Dapat aku simpulkan dari aktiviti malam ini, masih ramai manusia yang tidak nampak kelebihan malam-malam terakhir Ramadhan. Biar pun umur diangjung usia, namun masih tidak jelas dengan kehendak diri yang sebenar. Walaupun suka dengan cara dan aktiviti aku, namun tak mampu untuk mendidik anak cucu untuk menjadi seperti aku dengan kawan-kawan.

Program selesai pada jam 3.00 pagi. Aku buat keputusan untuk terus pulang ke Sg Petani. Mujur-mujur sempat ber'qiam'. Sampai rumah jam 5.00 pagi.

No comments:

Post a Comment