Total Pageviews

Sunday, August 15, 2010

Ramadhan Al Mubarak 1431H

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, dengan nikmat iman dan Islam bertemu jua dengan Ramadhan 1431H. Bersyukur atas nimat yang diberikan, dipertengahan Ramadhan ini jiwa ku tenang dan rindu akan meneruskan Ramadhan kali ini.

Adakah ku berkesempatan untuk menyambut Syawal..Wallahhu'alam. Namun, ku bercita-cita semoga Ramadhan kali ini akan lebih menginsafkan diriku dan berlalunya dengan membawa dosa-dosa lalu. InsyaAllah.

Ramadhan kali ini diraikan di Sungai Petani bersama time Pejabat Agama Daerah Kuala Muda (PADKM) dan member rumah (mek, slay, sya dan wani). Dengan kesibukan melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebagai plajar praktikem, namun tidak ketinggalan melaksanakan suruhan Allah.

Selalu gurauan dari Tuan Syeikh Yusof: "Hai, nampak segar jer. Tak leih ker posa." Apa lagi, aku kan pakar menjawab soalan oral ni."Hehe..biasa Tuan Syeikh, dah praktikal dah bulan Rejab dan Syaaban." Terasa damai sahaja.

Disebalik damai terselit rasa keinsafan atas dosa-dosa lalu. Atas kelekaan dan kepekakan, aku melakukan dosa. Betapa banyaknya dosa ku pada masa lalu.
" Ya Allah, kau ampunilah dosa ku, sesungguhnya ku sedar tidak layak
untuk ku ke syurga Mu, namun tak sanggup ku akan neraka Mu. Ampuni
lah aku. Sesungguhnya ya Allah, Kau Maha Pengampun dosa-dosa besar.
Ibu, aku anak mu, kau ampunilah aku. Kau redhoilah aku sebagai anak
mu, agar aku bisa mencari Kalam Allah demi membetulkan diriku. Amin."

Tegar ku meneruskan kehidupan, moga kisah silam ku menjadi sejarah. Biarlah orang melakukan kepada kita. Jangan kita lakukan kepada orang. Itu salah satu prinsip ku sekarang. Hilangkan sifat dendam dalam diri untuk hidup dalam keadaan tenang dan bahagia.

Ku tinggalkan monolog diriku sebagai satu keinsafan. Berbalik pada situasi sekarang. Aktiviti di PADKM dalam melaksanakan "Ops Ramadhan" menjelaskan betapa ramai orang Islam yang tidak menghormati bulan Ramadhan. Bukan sahaja tidak berpuasa, malah makan dikalayak ramai. Tanpa segan silu makan di kedai cina. Nauzuilahhiminzalik..

Sedih melihat fenomena ini berlaku. Malah ada yang bermaksiat. Menggunakan helah 'cuti', 'tak sihat' dan sebagainya. Terasa satu kehinaan buat Ramadhan bulan teragung. Disebalik aktiviti-aktiviti dijalankan. Bukan sahaja dapat pengalaman untuk ku. Malah dapat pengajaran dan keinsafan untuk ku."Ya Allah, kau lindungilah aku dari melakukan dosa kepada Mu."


"Sesungguhnya, Ramadhan kali ini amat bermakna buat ku. Andai kata, Ramadhan kali ini yang terakhir buatku, moga aku tergolong dalam golongan yang diterima amalan yang dilakukan." Ameen..

No comments:

Post a Comment