Total Pageviews

Thursday, August 26, 2010

Tautan Ukhwah

16 Ramadhan 1431H

Hajat minggu ni tercapai dapat balik berbuka puasa bersama sahabat-sahabat dan adik-adik Ai dan ISIP. Distinasi pilihan adalah TM. Gelaran dari diriku sendiri.hehe(ketawa sendiri).

Terubat rindu ku disaat-saat menjadi pimpinan di POLIMAS. Hari ini bersama kembali, walaupun bukan di Surau POLIMAS, tapi makan talam juga di TM.

20 orang lebih yang hadir. Meriah makan berebut..(konon la, banyak yang lebih). Bergurau senda dan seumpamanya. Indah sangat. Solat jemaah bersama-sama. Bertarawih dan bertazkirah. uh..bagai ingin mengalir air mata ini. Biarpun bukan lagi di POLIMAS tapi, itulah kenangan yang terindah dalam memori.

Menjadi iman olat tarawih menguji kebolehan yang aku ada disamping memberi keinsafan kepada ku kerana aku leka. Aku tidak menggunakan masa yang ada untuk mempertingkatkan ilmu (hafaz suruh, hadis dan dalil). Aku sedih dengan keadaan diriku. Namun, sedaya upaya aku berusaha untuk membuat perubahan pada diri ku.

16 Ramadhan berlalu. Pergi lagi kenangan manis ku. Kan ku lakarkan lagi kenangan manis disamping mencari sumber untuk keinfasan dan membina jati diri. Peranangan tersusun. Rumah Mak Ngah menjadi distinasi ke dua. Bersama-sama pimpnan dan adik-adik PEACE.

Jika tadi ku sulam kenangan di POLIMAS. Sekarang terlakat kenangan di UUM. Bersama sahabat sahabiah berprogram. Bergurau dan bergaduh. Bersama-sama merancangan dan menusun strategi untuk melaksanakan aktiviti yang di amanahkan kepada kami. uh..rindu saat itu. Namun, aku berasa bersalah kerana tidak memberi komitmen yang terbaik semasa di UUM. Selalu membezakan antara UUM dan POLIMAS.

Memang tidak akan sama di mana kita kita berada. Masakan kita kekandang kambing masih lagi mengeboh semacam dikandang lembu. Semestinya mengebik supaya kita dapat menyesuaikan keadaan

Berkat Ramadhan 1431H, insya Allah kita akan bertemu lagi. Moga lebih bermakna pertemuaan kita pada kali ini.

For PEACE, ISIP dan AI..aku sanggat-sangat merindui kenangan bersama. Semoga Allah kekalkan ukhwah antara kita semua. Ameen.

No comments:

Post a Comment