Total Pageviews

Tuesday, November 2, 2010

~~Banjir Kedah 02-11-2010~~




Dua hari bermalam di Jitra kerana hujan. Tidak dapat pulang ke rumah bonda tercinta.
Hari ni 02-11-2010, alhamdulillah hujan sudah berhenti. Namun, ada lagi ujian Allah buat hamba-hambaNya. Banjir kawasan Jitra menyebabkan niat hati untuk pulang ke rumah bonda terpaksa lagi ditangguhkan. Beberapa kenalan ku hubungi. Rupanya, kedah dan perlis memang banjir besar. Berita dari sahabat di Kelantan, ramalan banjir tahun ini adalah banjir terbesar. Takut Ya Allah..

Petang bersama sahabat membantu muslimat dalam gerakkan membantu mangsa banjir. Sekitar jam 3.00 petang telah berdaftar 6000 orang mangsa banjir bagi Negeri Kedah. Daerah kubang pasu sahaja beribu mangsa banjir. Sempat ke tempat penempatan mengsa banjir di Sek Ren Bandar Darulaman, Lubuk Kawah, dan Bukit Tinggi.

Pelbagai fenomena berlaku. Dengan ribuan masyarakat yang menjadi mangsa,tambahan pula bantuan yang tidak dapat disegerakan dengan pelbagai kerenah pihak pentadbiran dan sebagainya.

Sedih melihat semua mangsa banjir. Alhamdulillah rumah bonda ku terselamat dari mangsa banjir dan aku sendiri tidak pernah merasai fenomena ini. Bagi ku, ini kenangan walaupun pahit untuk menerima,sekurangnya aku boleh melihat dengan mata sendiri apa yang berlaku.

Paling menyedihkan, dalam kesibukan mangsa banjir menyelamatkan diri. Mencari makanan dan sebagainya. Sempat aku merakamkan memori dihatiku. POlis menyaman kereta yang di parking bersebelahan dengan pasar malam. Mungkin itu kereta pembeli di pasar malam. Tetapi, tidak terfikirkan. Dalam kesesakan banjir dan sesaknya kenderaan boleh lagi polis itu menyaman. Kereta yang di parking tidak langsung menghalang lalu lintas di jalan. Kemungkinan besar kereta itu milik mangsa banjir yang mungkin meletak kerata jauh dari banjir kerana tempat letak kereta disitu penuh. Kemungkinan milik mangsa banjir yang sedang mencari makanan. Apa pun kemungkinan pada pandangan peribadi memang tidak wajar perkara ini berlaku dalam kegawatan manusia menyelamatkan diri dan membantu menyelamatkan mangsa banjir.

Takdir Allah, diri ku juga menjadi mangsa banjir pada hari menjelang malam. Rumah sewa tempat berteduh telah diancam oleh air yang ingin mengalir mencari tempat terakhirnya. Berpindah randah seperti insan lain. Betapa aku mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Doa ku, moga semua berada dalam keadaan selamat. Ku redho dan pasrah atas takdirNYa. Moga ada ikmah disebalik ujian Allah ini.

Esok misi ke 2...insyaAllah..bersama muslimat kubang pasu..

Saturday, October 2, 2010

Kenangan Praktikum di Pejabat Agama Daerah Kuala Muda

Sedang draf report praktikum, teringat untuk menyonteng diruangan sawang ku ini. Dah bersarang, lama tak menyonteng. Hari ini, hari kedua praktikum ku tamat. Rindu dengan kerenah dan gelagat di PADKM. Dengan aktiviti harian bersama pelangan, bersama-sama kakitangan PADKM dan aktiviti-aktiviti bebas disana.

Mengimbau kembali ketika ku membuat keputusan ingin menjalankan Praktikum di PADKM.

Pada mulanya aku dengan mek " Jamilah" ingin membuat praktikum di dalam Kampus UUM sahaja memandangkan malas nak cari firma sendiri. Apabila semester baru dibuka, kami bertandang ke UIL untuk membuat semakan nama kami dan mencadangkan department yang kami minat. Sebelum membuat pilihan kami mendengar sedikit taklimat tentang kursus yang ditawarkan untuk pelajar praktikum yang berminat untuk menjalankan praktikum under UIL. Semester ini hanya ditawarkan 2 kursus iaitu under usahawan dan U grade (event).

Setelah berbincangan dengan mek, kursus yang ditawarkan langsung tidak menarik dan tak tidak kena langsung dengan jiwa kami. Kebetulan mek tengah ber"sms" dengan Slay "Salasiah" dan menceritakan masalah yang kami lalui. Slay mencadangkan PADKM dan memberikan kami no telefon PADKM atas nama En Ibrahim.

Sementara menunggu Lecturer masuk kelas, aku memikirkan negetif dan positif untuk aku berkampung di Sungai Petani selama 4 bulan. Kenapa tidak di Alor Setar sahaja, dkat sikit? Setelah dipertimbangkan dengan akal yang waras akhirnya aku buat keputusan untuk memilih Sungai Petani. Ustaz Basyir seolah-olah tahu akan kerunsingan aku, dia masuk lambat dari selalu dia mengajar. Aku menggunakan kesempatan ini untuk telefon En Ibrahim. Sekali dail terus dapat. Gabra cicak juga, uh...Alhamdulillah jawapan disambut dengan baik dan aku mendapat jawapan yang positif. "Positif ni kearah baik. Bukan macam chek HIV, negetif baru baik"..

Akhir aku dengan mek pasrah akan keputusan yang dibuat dan berserah kepada Allah. Aku selalu berdoa agar keputusan yang aku buat secara singkat ini adlah keputusan yang terbaik. Kebetulan Slay juga ingin bersama-sama kami untuk praktikum. Aku ke UIL untuk mendaftar cadangan firma. Dengan sedikit perbincangan, UIL setuju untuk menguruskan pendaftaran antara UIL dengan PADKM. Alhamdulillah, aku tak perlu terbang ke Sungai Petani untuk mendapatkan kebenaran dari PADKM. Kekangan waktu menyebabkan tidak bernafsu nak berjalan-jalan @ makan angin. Segalanya kami berserah kepada Allah.

Sampai masa untuk pelajar mendapatkan slip pendaftaran praktikum, aku dengan mek ke UIL sekali lagi untuk mendapatkan slip. Sedihnya dihati, slip kami tiada. Kata pengawai berkenaan, PADKM telah terima kami. Tapi tiada surat jawapan lagi dari PADKM. Dia memberi kami waktu untuk kami hadir semula. Tapi yang peleknya slip Slay dah siap???

Tak per, sabar. Mudah-mudahan ada hikmah disebaliknya. Mek Mneghubungi semula En Ibrahim. Seperti mana pegawai UIL bagitahu, begitulah kata En Ibrahim. Kami diterima di PADKM. Sampai dihari yang dijanjikan kami pergi mengambil slip pendaftaran. Alhamdulillah selesai bahagian UIL.

Di Sungai Petani:

Atas pertolongan adik-adik Alumni Polimas mencari rumah sewa, kami ada penginapan untuk berkampung 4 bulan. Taman Ria Jaya tempat pertama yang kami tuju pada 30.05.2010. Macam-macam persoalan dari fikiran kami. Runsing tahap "cipan" memikirkan penerimaan staf PADKM terhadap kami. Berteka-teki kami, macam-macam ada. Macam manalah rupa En Ibrahim yang akan menjadi penyelia kami nanti? Ada yang kata tua beruban, gemuk dan macam-macam lagi. Kat mana la Pejabat Agama ni? dan lagi-lagi...

Tiba hari pendaftaran, atas pertolongan adik junior ku sampai la kami ke pejabat agama. Ehm..rupanya kami dah pernah sampai ke Masjid Ar-Rahman sewaktu program LANDAS bersama Ustaz Kamarudin. Tak sabar kami nak jumpa En Ibrahim. Kami disambut oleh mak cik Mahani. Akhirnya terjawab juga bagaimana rupa En Ibrahim..haha...satu pun tak betul tekaan kami.

Melapor diri dan dihadapkan depan Pegawai Agama, Tuan Syeikh Yusop Majid. Banyak tanya juga. Adoi..takut gak tak terjawab. Serius hanya Allah sahaja yang tahu. Selepas diberi sedikit taklimat kami di bawa ke dapur untuk makan.

Persepsi pertama;

Serabut: mungkin sebab ramai sangat pelajar praktikum.
Pilih kasih: ada ustazah tu, kerek. Asyik marah ja. Time tu aku gelar dia "Puting Beliung".haha..Sekarang dah jadi "Guru Besar".

Aku difahamkan, warga PADKM ni umpama "family". Tak nampak pun. Kat mana? Siap disuruh timbang untuk membezakan dari awal datang dan habis nanti...............

Akhirnya hari ini,
dah habis praktikum....

Begitu banyak kenangan yang sukar dilupakan. Kenangan bersama Tuan Syeikh Yusop, adalah bantu siapkan kertas kerja. Biarpun Tuan Syeikh tidak cepat dalam menggunakan teknologi namun bijak dalam melengkapkan isi kertas kerja. Ketawa Tuan Syeikh terngiang-ngiang ditelinga. Ada niat kami bertiga nak rakam ketawa Tuan Syeikh, nak buat ringtone. Tapi tak tercapai, takut..HUHU..

Bersama PADKM memang tergambar umpama sebuah keluarga. Telatah dan ragam dari semua masih tergambar dimata hati. Kadang-kadang tersenyum sorang-sorang. Lawak campur lucu semua ada.

Apa yang paling tak dapat dilupakan adalah kenangan dengan ustazah Tahirah. Awal-awal masuk, macam puting beliung. Tiap-tiap hari ada saja gerhana yang buat dia meletop. Ingat dalam hati, apa la ustazah ni..benci sangat ka kat kami???
Akhirnya, saya jawab sendiri la. Ada hikmah disebaliknya. Biarpun pada awalnya hati ku luka bak dihiris dengan pisau "pelit" namun hari ini ku simpulkan bahawa apa yang penting "kerjasama". Tentulah sekali fokus dalam setiap kerja yang dilakukan supaya dapat elak daripada melakukan kesilapan. Tambahan lagi niat asal adalah untuk praktikum dengan kata nama lain praktikkan apa yang telah belajar dan belajar apa yang perlu dibelajar.

Kenangan keluar operasi memang banyak beri pengajaran dan pengalaman. Ingat lagi kenangan panjat pagar. Tak pernah-pernah ku buat. Al maklum la, rumah tak berpagar. Gelagat-gelagat penguatkuasa, masing-masing dengan karisma tersendiri. Ayahda yang selalu bagi orang tergejut. Pak Id yang selalukan kami. Ustaz Bidin yang unik disebalik wajahnya. Kalau bab makan sapa lagi kalau tak ustaz Zaiferi dengan ustaz Anizan. Yang hebat sekali ustaz Ya ar..Haha..tak dia. Operasi tak jalan.uh...Orang yang selalu belanja makan.ehm...patut la suruh timang siap-siap. Tiap-tiap keluar, mestinya ustaz Ya belanja. Tu tak campur makan hidangan mak cik Mahani lagi. Memang debab sungguh la berkampung kat PADKM ni selamat 4 bulan.

Pengalaman mengikuti cerapan hilal atau dengan nama lain "tengok anak bulan", adalah satu pengalaman yang tidak terjangka. Kalau operasi, dah selalu bersama dalam gerakan disiplin POLIMAS. Biarpun tidak sama seperti operasi PADKM tapi sekurangnya sudah biasa. Tetapi menengok anak bulan ni. Memang sangat tidak tersangka.

Aku antara insan yang bertuah..Ewah..hehe...dapat juga merasa mengiringi banduan ke Penjara Pokok Sena. Kalau tak kerana praktikum kat PADKM. Tak sampai ler aku ke situ. Nak balik sempat lagi kena marah dengan ustazah Tahirah. Gatai tangan nak ambil gambar. Marah la kawan. Uh..nasib baik tak dak sakit jantung. Kalau dak boleh pengsan kena marah. Haha..marah pun marah la..memang best dapat pengalaman ini.

Tengok pendrive teringat dekat ustaz Mad. "pendraf". Hahaha..minta maaf ustaz. Sekarang Shipah dengan Wani la pula kena buat "pendraf" ustaz Mad. Ustazah Aisyah, Ustazah Aminah dan Ustaz Idris. Tidak banyak sangat kerja yang saya bantu. Namun sifat keibuan dari ustazah-ustazah terubat rindu saya kepada ibu di kampung.

Sesi kaunseling banyak memberi motivasi kepada saya. Mahupun secara langsung atau tidak langsung. Kekadang terselit kerunsingan dalam alam rumah tangga. Hakikatnya, segalanya ditentukan Allah. Ujian dan cabaran yang diberikan adalah kayu ukur dalam menilai tahap keimanan hambaNya. Kebijaksanaan menggunakan akal yang dianugerahkan khas untuk manusia sahaja.

Bersama pelanggan dikaunter memang memerlukan banyak kesabaran. Otak perlu aktif dan cekap. Memenuhi kehendak pelangan adalah tanggungjawab kita.

Tak lupa pada masakan mak cik Mahani. Memang sedap. Boleh buka katering atau kafe. Memang sale out punya.

Pak CIk Aziz, sound yang kuat. Hehe..minta maaf pak cik. Teringat, terlupa buka report akhir pak cik untuk ambil maklumat operasi minggu-minggu terakhir.

Ikutkan hati macam-macam lagi nak menyonteng disini. Alamatnya, tak siap la report. Sesungguhnya, pengalaman yang saya perolehi disini memang sesuai dengan jiwa saya yang selalu bersama remaja. Bukan sahaja boleh dipraktikkan pada diri sendiri malahan boleh berkongsi bersama masyarat khursusnya dan adik-adik junior amnya.

Jutaan terima kasih pada semua. Halalkan makan minum, harta benda dan khasnya adalah ilmu. Akan saya pergunakan sebaiknya apa yang saya dapat dari PADKM.

Sepuluh jari saya susun, mohon ribuan kemaafan atas khilaf yang terlanjur atau tidak disedari. Saya mengharap sangat agar kekeluargaan yng kita bina tidak putus disaat ini, diharap kekal abadi.

Serangkap pantun khas untuk semua..

Dari Kodiang ke Sungai Petani,
Berkampung di Taman Ria Jaya,
Warga PADKM sangat baik hati,
Umpama sebuah keluarga bahagia.

Jika ada sumur di ladang,
Boleh saya tumpang mandi,
Jika ada umur yang panjang,
Moga kita bertemu lagi.

Tuesday, August 31, 2010

Malam Kemerdekaan

30 Ogos 2010 semasa pulang dari kerja, tercetus satu keputusan untuk berprogram di Peneng sempena sambutan tahun kemerdekaan.

6.20 petang bergerak bersama sahabiah dengan motosikal KCB 421 ke Peneng. Pertama kali pi Peneng naik motor.

Sesat juga sementara nak sampai.
Sampai di tempat berkumpul, teruja hati melihat betapa ramai sukarelawan yang datang untuk memberi khidmat tenaga dalam usaha mencegah kemaksiatan.

Dari jauh nun di Sintok sebiji bas gabungan PERKIM dan RM. Terasa hilang kepenatan melihat kesungguhan sahabat sahabiah dari jauh datang membawa senyuman ingin bersama-sama merialisasikan program yang dirancang.

Bersama-sama jemaah Maghrib dan Insyak serta solat tarawih. Selepas solat tarawih,kami dibahagikan kumpulan dan diberi taklimat perjalanan program.

Pada jam 12.20 malam, kami dilepaskan kedataran untuk menjalankan amanah dan tugas yang diberikan. Pantai bersih menjadi sasaran pada malam ini. Seronok melihat suasana malam. Yang kurang seronoknya ramai manusia yang menjalankan aktiviti-aktiviti masing-masing ditepi pantai.

Sedih sangat. KENAPA aku sedih??
Pertamanya sebab mejoriti adalah orang melayu. Keduanya sebab aktiviti disitu kebanyakkan memancing, menyanyi, makan-makan, merenung suasana diseberang, bermotosikal dan macam-macam lagi. Ketiganya adalah disebabkan malam ini adalah malam ke 21 Ramadhan 1431. Aktiviti yang tidak bersesuaian. Bukan sahaja golongan remaja yang ramai. Tetapi kanak-kanak dan orang dewasa pun banyak berada disitu.

Itulah budaya orang Malaysia menyambut malam kemerdekaan. Langsung tidak memikirkan fadhilat amalan malam-malam terakhir Ramadhan.

Sempat menemubual pasangan tok wan dan nenek yang duduk memandang pemandangan seberang laut.

Saya: Assalamualaikum.(Sambil bersalam dengan nenek)
Nenek: Waalaikumsalam.
Saya sempat memandang kearah tok wan yang langsung tidak berminat dengan kehadiran saya. Mungkin saya dianggap menganggu mereka menikmati keindahan malam.

Nenek: Dari mana ni?
Sambil melihat sekeliling yang kebetulan memang ramai golongan-golongan seperti saya.

Saya: Dari Sungai Petani. Ada program kemerdekaan kat sini. Nek ngan wan dari mana? Dah lama ker duduk kat sini? Cantikkan malam ni?

Nenek: Kami pun dari sg Petani. Mai dari tadi lagi nak tengok bunga api kat sebelah sana.
Mungkin jawapan saya yang menyatakan dari Sg Petani menarik minat tok wan.

Wan: Dok kat mana di Sg Petani?

Saya: Saya Praktikum kat Pejabat Agama Sg Petani. Dok kat Taman Ria Jaya. Cantik dak bunga api? Tiap-tiap tahun ker datang sini?

Wan: ooo...ni mai dengan orang pejabat agama ka?
Nenek: Tak nampak pun bunga api. Tahun ni ja mai sini selalu dok pi pantai merdeka dengan anak-anak. Tahun ni anak-anak tak dak.Kami mai berdua saja la.

Saya: Tak. Mai ngan kawan-kawan. (Sambil menunjuk kearah kawan-kawan yang bertugas mengikut cara sendiri)

Setelah lama berborak dengan tok wan dan nenek. Bertanya sikit-sikit maklumat yang aku inginkan. Aku minta diri untuk urusan seterusnya. Sempat lagi tok wan dan nenek berpesan supaya aku jaga diri.

Terima kasih aku untuk mereka atas pesanan yang diberikan. Sekurangnya aku tahu ada juga insan yang senang dengan aktiviti aku.

Dapat aku simpulkan dari aktiviti malam ini, masih ramai manusia yang tidak nampak kelebihan malam-malam terakhir Ramadhan. Biar pun umur diangjung usia, namun masih tidak jelas dengan kehendak diri yang sebenar. Walaupun suka dengan cara dan aktiviti aku, namun tak mampu untuk mendidik anak cucu untuk menjadi seperti aku dengan kawan-kawan.

Program selesai pada jam 3.00 pagi. Aku buat keputusan untuk terus pulang ke Sg Petani. Mujur-mujur sempat ber'qiam'. Sampai rumah jam 5.00 pagi.

Thursday, August 26, 2010

Tautan Ukhwah

16 Ramadhan 1431H

Hajat minggu ni tercapai dapat balik berbuka puasa bersama sahabat-sahabat dan adik-adik Ai dan ISIP. Distinasi pilihan adalah TM. Gelaran dari diriku sendiri.hehe(ketawa sendiri).

Terubat rindu ku disaat-saat menjadi pimpinan di POLIMAS. Hari ini bersama kembali, walaupun bukan di Surau POLIMAS, tapi makan talam juga di TM.

20 orang lebih yang hadir. Meriah makan berebut..(konon la, banyak yang lebih). Bergurau senda dan seumpamanya. Indah sangat. Solat jemaah bersama-sama. Bertarawih dan bertazkirah. uh..bagai ingin mengalir air mata ini. Biarpun bukan lagi di POLIMAS tapi, itulah kenangan yang terindah dalam memori.

Menjadi iman olat tarawih menguji kebolehan yang aku ada disamping memberi keinsafan kepada ku kerana aku leka. Aku tidak menggunakan masa yang ada untuk mempertingkatkan ilmu (hafaz suruh, hadis dan dalil). Aku sedih dengan keadaan diriku. Namun, sedaya upaya aku berusaha untuk membuat perubahan pada diri ku.

16 Ramadhan berlalu. Pergi lagi kenangan manis ku. Kan ku lakarkan lagi kenangan manis disamping mencari sumber untuk keinfasan dan membina jati diri. Peranangan tersusun. Rumah Mak Ngah menjadi distinasi ke dua. Bersama-sama pimpnan dan adik-adik PEACE.

Jika tadi ku sulam kenangan di POLIMAS. Sekarang terlakat kenangan di UUM. Bersama sahabat sahabiah berprogram. Bergurau dan bergaduh. Bersama-sama merancangan dan menusun strategi untuk melaksanakan aktiviti yang di amanahkan kepada kami. uh..rindu saat itu. Namun, aku berasa bersalah kerana tidak memberi komitmen yang terbaik semasa di UUM. Selalu membezakan antara UUM dan POLIMAS.

Memang tidak akan sama di mana kita kita berada. Masakan kita kekandang kambing masih lagi mengeboh semacam dikandang lembu. Semestinya mengebik supaya kita dapat menyesuaikan keadaan

Berkat Ramadhan 1431H, insya Allah kita akan bertemu lagi. Moga lebih bermakna pertemuaan kita pada kali ini.

For PEACE, ISIP dan AI..aku sanggat-sangat merindui kenangan bersama. Semoga Allah kekalkan ukhwah antara kita semua. Ameen.

Wednesday, August 25, 2010

BERCINTA DENGAN ALLAH



Tanda CINTA seorang hamba kepada ALLAH adalah ketika dia takut akan ancaman api neraka. Sedangkan tanda cinta yang setingkat diatasnya adalah ketika seorang hamba mengharap kenikmatan syurga..

Akan tetapi, tahukah bahawa puncak dari segala darjat cinta adalah keinginan yg demikian menggebu untuk dapat selalu menghadirkan ALLAH di hati. Tekad kuat untuk selalu bersama syariat-NYA dalam segenap sisi kehidupan. Cinta yang melebihi segala cinta kepada sang kekasih, keluarga dan sanak saudara. Memosisikan Allah layaknya Sang Kekasih hati yang selalu berharap berjumpa dengan-NYA, mendekatkan diri pada-NYA dengan berbagai cara, dan rindu untuk menjerut tali kasih serta berjumpa dengan-NYA.

Betapa indahnya bercinta dengan ALLAH,yang dengan cinta-NYA, seluruh isi bumi dan langit pun memuji-NYA.

Sunday, August 15, 2010

Ramadhan Al Mubarak 1431H

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, dengan nikmat iman dan Islam bertemu jua dengan Ramadhan 1431H. Bersyukur atas nimat yang diberikan, dipertengahan Ramadhan ini jiwa ku tenang dan rindu akan meneruskan Ramadhan kali ini.

Adakah ku berkesempatan untuk menyambut Syawal..Wallahhu'alam. Namun, ku bercita-cita semoga Ramadhan kali ini akan lebih menginsafkan diriku dan berlalunya dengan membawa dosa-dosa lalu. InsyaAllah.

Ramadhan kali ini diraikan di Sungai Petani bersama time Pejabat Agama Daerah Kuala Muda (PADKM) dan member rumah (mek, slay, sya dan wani). Dengan kesibukan melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebagai plajar praktikem, namun tidak ketinggalan melaksanakan suruhan Allah.

Selalu gurauan dari Tuan Syeikh Yusof: "Hai, nampak segar jer. Tak leih ker posa." Apa lagi, aku kan pakar menjawab soalan oral ni."Hehe..biasa Tuan Syeikh, dah praktikal dah bulan Rejab dan Syaaban." Terasa damai sahaja.

Disebalik damai terselit rasa keinsafan atas dosa-dosa lalu. Atas kelekaan dan kepekakan, aku melakukan dosa. Betapa banyaknya dosa ku pada masa lalu.
" Ya Allah, kau ampunilah dosa ku, sesungguhnya ku sedar tidak layak
untuk ku ke syurga Mu, namun tak sanggup ku akan neraka Mu. Ampuni
lah aku. Sesungguhnya ya Allah, Kau Maha Pengampun dosa-dosa besar.
Ibu, aku anak mu, kau ampunilah aku. Kau redhoilah aku sebagai anak
mu, agar aku bisa mencari Kalam Allah demi membetulkan diriku. Amin."

Tegar ku meneruskan kehidupan, moga kisah silam ku menjadi sejarah. Biarlah orang melakukan kepada kita. Jangan kita lakukan kepada orang. Itu salah satu prinsip ku sekarang. Hilangkan sifat dendam dalam diri untuk hidup dalam keadaan tenang dan bahagia.

Ku tinggalkan monolog diriku sebagai satu keinsafan. Berbalik pada situasi sekarang. Aktiviti di PADKM dalam melaksanakan "Ops Ramadhan" menjelaskan betapa ramai orang Islam yang tidak menghormati bulan Ramadhan. Bukan sahaja tidak berpuasa, malah makan dikalayak ramai. Tanpa segan silu makan di kedai cina. Nauzuilahhiminzalik..

Sedih melihat fenomena ini berlaku. Malah ada yang bermaksiat. Menggunakan helah 'cuti', 'tak sihat' dan sebagainya. Terasa satu kehinaan buat Ramadhan bulan teragung. Disebalik aktiviti-aktiviti dijalankan. Bukan sahaja dapat pengalaman untuk ku. Malah dapat pengajaran dan keinsafan untuk ku."Ya Allah, kau lindungilah aku dari melakukan dosa kepada Mu."


"Sesungguhnya, Ramadhan kali ini amat bermakna buat ku. Andai kata, Ramadhan kali ini yang terakhir buatku, moga aku tergolong dalam golongan yang diterima amalan yang dilakukan." Ameen..

Friday, July 23, 2010

Salam ukhwah dititipkan.
Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak melakarkan kata-kata disini. Hari diberi kesempatan dan kemudahan olehNya.
Biarpun diri ini tahu,tiada siapa yang akan membaca coretan disini,namun tetap ku tulis. Moga dengan penulisan ini dapat diri bermuhasabah supaya dapat memperbaiki yang salah. Melengkapkan yang longpang.
Disini penulis ingin kongsi sebuah cerita. Mungkin boleh memberi pengajaran.

Kian hari, diri sendiri keliru dengan hati dan perasaan. Allah menguji iman hambaNya yang lemah ini. Menitis air mata dikala sepi dinimalam. Tiada teman berbicara. Hanya Dia yang mengerti.
Semakin meningkat dewasa, perasaan cemburuku semakin menjadi-jadi. Ku rindukan ayah ku. Ku cemburu melihat orang lain berkasih sayang dengan ayah. Namun ku sedar, itu ketentuanNya.
Namun hari ini, hati ku diundang lagi perasaan cemburu. Setelah sahabat memperdagangkan ukhwah. Ku berikan perhatian buat insan yang bergelar adik. Ku sayang perhubungan ini. Sikap keterbukaan antara kami menyebabkan banyak benda dikongsi. Boleh dikatakan tidak berkiralah wang dan tenaga. Tapi hari, tiada lagi keakrabn itu. Lenyap dibawa angin. Gara-gara perasaan cemburuku. Ku terpaksa undur diri supaya ku tidak lebih sakit lagi menanggung perasaan yang berkecelaruan ini.
Tiada siapa yang memahami perasaan ku. Termasuk 'adik' juga. Ketahuilah adik, cemburu ku hanyalah kau adalah 'adik' ku. Tak lebih dari itu. Moga tidak disalah ertikan. Kak sentiasa mendoakan kebahagiaan adik.

Moral: jangan biar cemburu menguasai diri. Susah untuk diubati. Cemburu blh merosakkan hubungan yang terjalin. Tiada yang indah melainkan hubungan yang murni.

Wednesday, March 10, 2010

~~Buat Wanita Solehah~~

Assalamualaikum,

Semoga memberi pengajaran.
Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu
Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu
dengan Rasulullah S.A.W. untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus
untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di
Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil
Rasulullah S.A.W. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan mberi
tazkirah seperti berikut:

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan / kaum wanita. Wahai kaum wanita, aku
lihat kamu ini lebih banyak di neraka"

Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang
demikian? Adakah sebab kami ini kufur?â€
Rasulullah S.A.W. menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu
yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka, ia ituâ€

1. Kamu banyak mengutuk / menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya:

1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.


Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1
Katakan kita telah lama menunggu bas. Tetapi bas masih tidak kunjung tiba,
akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ini dah mampus
agaknya"

Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita
memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah,
hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni
jugak nak habis"

Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak
mengiktiraf kebaikan, di sini bermaksud tanggung jawab yang telah
ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami
yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan 'kufurkan kebaikan suami'.

Rasulullah S.A.W berkata, "Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri,
jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu
ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia
akan berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak"
(Terjemahan langsung dari Arab)

Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan
perkataan seperti berikut: "Selama hidup dengan awak, apa yang saya
dapat?" Tak guna sesen pun'

Rasulullah S.A.W sambung lagi, 'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini,
saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala
amalannya.'

Saranan Rasulullah S.A.W yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak
beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2
perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang
disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:

1). Sabda Rasulullah S.A.W : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X
sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."
Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah
S.A.W. menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda
sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk
mencapai ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam
amalan-amalan harian kita.
2) .Sabda Rasulullah S.A.W: "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan
dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang
tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti
berdukacita"

3). Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya
dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk
kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak.

Sedekah
Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:


1. Tutur kata / percakapan yang baik. Yang paling utama ialah terhadap
keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya
bagaimana hendak menambat hati suami.

Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah S.A.W yang pertama,
tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang
hayat baginda S.A.W, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga
sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan
cemburu dikalangan isteri-isteri baginda. Diriwayatkan juga, Jibril as
setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri,
selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah S.A.W telah
bertanya beliau, dan jawab Jibril. "Khadijahlah satu-satunya perempuan
yang Allah S.W.T berkenan tuturkatanya"

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah.
Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah S.A.W pernah bersabda,
"Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah" Terdapat juga suatu syair
Arab yang berbunyi:

"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah"

Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah S.A.W marilah kita
bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat
sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu,
maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

"SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW"

Saturday, March 6, 2010

~~~ Renungan sebagai penyejuk jiwa ~~~

MEMANG Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

MEMANG Allah snegaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

MEMANG Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KERAH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

MEMANG Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan dan kehidupan kita pada masa depan...

MEMANG Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

MEMANG Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA PADA ALLAH.

MEMANG Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.



P/S: Wahai DIRI yang kecewa, menderita dan sengara kerana cinta. Fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai kepenghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tak pasti menjadi milik kita. Gapailah keredhoan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA dan meninggalkan laranganNYA. Percayalah, sesungguhnya ALLAH malu unttuk menolak permintaan hambaNYA yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA.

Saturday, February 20, 2010

~~Lukisan Jiwa~~

Teruja melihat blog sahabat-sahabat..
Banyak pengisian yang memberi makna dalam memberi keinsafan buat diri ku..Hari ini aku mengambil peluang untuk mencorek lukiran jiwa ku...
Sekian hari, kini hari berakhir sudah cuti pertengahan semester bersamaan cuti raya cina.

Sedih menguasai jiwa,
Semua sanak saudara berkumpul meraikan cuti sempena ulang tahun kelahiran kakak ke dua ku. Biarpun begitu,jiwa ku tidak kosong.Byk pengisian jasmani dan rohani terisi biarpun terpaksa berkorban 2 adenda terismetiwa buat ku..

Perancangan awal, cuti ku akan dipenuhi dengan rapatkan ukhwah bersama keluarga. Keduanya, akan meramaikan dan melengkapi ulangtahun ke 11 alumni ISIP di Pendang. Ketiganya, melengkapkan pengisian dakwah dan Islah bersama sahabat2 Sintok.

Namun, Allah takdirkan aku melebihi bersama sahabat2 sintok untuk berkampung di Sg Pau,Sik. Kami mengisi pelbagai agenda sebelum merialisasikan hasrat ke 'kenduri kawin'. Pelbagai pengisian di atur supaya matlamat utama tercapai.

Di antara kenangan2nya adalah,
~~ menziarah Pondok Al Rahmania..Tuan Guru Hj Salleh Musa, yang merupakan salah seorang ulama' yang ada di bumi Kedah. Tuan Guru adalah pengetua Pondok Al Rahmania..
Terasa begitu bertuah kerana dipilih Allah bersama2 dalam rombongan ini.
`` sempat lagi menerima ijazah dari Tuan Guru..jika mengamalkannya, insya Allah kita dalam lindngan Allah...

'Bismillah, Rabiallah, Hasbiallah, Tawakkaltualallah, 'itasomtubillah, fau'atuamriilallah, MasyaAllah,Laquwataillah billah'

++ Dapat mengetahui ulama' keterunan nabi...berdarah Rasullullah s.a.w.

``selepas menziarahi Tn Guru,rombongan Sintok menuju kesebuah pusat peranginan..damai disana,teruja dengan ciptaaan Allah.terusik jiwa hasil kretiviti manusia..Subhanallah...

Smpat diriku melihat telatah sahabat2..mejoriti bukan orang kedah.senyuman dan tawa riang tak mungkin dapt ku lupakan.

berkampung di Sik dapat aku mengenali serba sedikit budaya masyarakat setempat.Keharmonian serta ukhwah jelas sekali dipenglihatan.Bekerjasama dalam merialisasikan kerja..

pertama kali merasa kenduri makan dalam talam.di lihat komitmen dari jenerasi pemuda bertungkus lumus menjayakan kenduri.meriah teramat sangat.

kejadian alam ciptaan Allah di bumi sik amat mempersonakan ku.Air yang mengalir,bukit bukau yang indah mempersilakan kami menjelajahinya..nyaman tanpa kotoran buatan manusia.Subhanallah..hanya Allah yangmengetahui perasaan seorang hambaNya yang menghayati keindahan ciptaaanNya.

Hari berlalu, berat rasa hati meninggalkan bumi sik.rasa 4 hari umpama sekejap sahaja.Kaki ku ingin melangkah pulang menemui ibu tercinta,namun hati masih terpaut di bumi sik.walaupun ini kali ke dua aku berkampung di situ,namun terdapat kelainan yang membuatkan rasa sayang untuk melangkah pulang..Indah ISLAM di bumi Sik.Teruja dan terpesona..Tetapi aku perlu atur langkah ku..kerana masih jauh perjalanan ku sebagai hamba Mu...

Sehari bersama Ibu,
memberi seribu satu makna kepada ku...aku sayang IBU..
tak tergambar dan tak mampu ku berkata2 indah bersama ibu..

Maafkan aku ibu,
aku perlu teruskan perjalananku..
masi dan visi belum tercapai,
doa dari mu ibu amat ku perlukan,
demi islam dan semuanya kerana Allah.

sehari sebelum habis cuti,
sempat ku ziarahi sabahat2 alumni polimas.
terasa bersalah kerana tidak dapat bersama2 di pendang,
tapi ku luangkan sedikit masa bersama2 diRFC...
indahnya bersahabat kerana Allah.
seminit berjumpa,memberi seribu satu makna...

tika malam,
berjumpa di 'Di kelubi',
tempat yg mengeratkan ukhwah antara kami dari peringkat pengajian lagi dan hingga ke hari ini.
bermesyuarat dalam menghasilkan keputusan yang hebat dalam memantapkan alumnai zon utara..Alhamdulillah,segalanya berjalan lancar..semoga segala usaha semua mendapat rahmat dari Allah...

kini ku menyusun langkah untuk meneruskan perjuangan di bumi sintok...

Saturday, February 6, 2010

~~Hati kecil~~bukan kecil hati....

Kembali ke ruangan maya ini...

Hari ini banyak bermonolog sendiri.Setelah semalam, semalaman berfikir akan kejadian-kejadian yang di anggap satu masalah dalam pengurusan hidup.

Kata orang,
Iman seorang manusia lebih kental jika di beri ujian....

Sejauh mana kebenaran kata-kata orang itu?

Tepuk dada tanya iman..

Namun secara peribadinya..
Seharusnya bergembiralah seorang insan jika menerima ujian dariNya..
Sesungguhnya insan-insan yang mendapat ujian itu adalah insan terpilih disisi Allah.Hadapilah ujianNya sepenuh keyakinan dengan kematangan kerana di sebaliknya hikmah berganda-ganda.

Tika jari rancak menari dengan alunan musik kecil key board,
sempat lagi hati kecil bersuara...
apa nak jadi dengan manusia hari ini??

mengejar dunia tanpa memikir akhirat..
Sempat berbincang dengan sahabat secara maya..
sistem perniagaan dalam malaysia hari ini,masih banyak celanya.
murni perniagaan itu kerana ia adalah sunnah..

namun,
siapa yang harus dipersalahkan??

fikir lagi...


adakah kita ni hanya dilahirkan sebagai pemikir ker?
bila kita hendak menjadi pengerak?
ohhh...

iman kental menjawab..
chaiyok!! sekarang harus ku bermula...
langkah pemikiran laju dari kaki,
supaya dapat menghantap segala keilmuaan untuk membawa kebenaran...

wah...
hebat seorang insan..
Aku bila lagi???
Adakah hanya disini???

Hati kecil berhenti disini...

Saturday, January 30, 2010

Produk terbaru: Sabun Tahan Mengantuk

MAKLUMAT TERBARU:SABUN TAHAN MENGANTUK PERTAMA DI MALAYSIA………….


Hanya RM12 seunit - 20gm (with pos ekspress)


Siapakah yang patut menggunakan sabun ini:
- pemandu jarak jauh - pemandu professional - pekerja 3 shift - pelajar

- golongan professional yg memerlukan tumpuan penuh terhadap kerjaya

- mereka yang mudah mengantuk - pengawal keselamatan

Apakah fungsi sabun ini:

- mencerahkan kulit dengan lembut- menghilangkan kegatalan dan bau badan - menyegarkan untuk jangka masa panjang

- menghilangkan jerawat - melambatkan proses penuaan - pencuci bebas klorin - mampu menghilangkan eczema - anti keradangan - membunuh kuman

jom beli sabun tahan mengantuk ni.. elok sgt pakai masa mandi.. nak drive pegi keje takla mengantuk.. badan pun segar je.. best.. :)


KETERANGAN LANJUT BOLEH HUBUNGI


nursha_fillah@yahoo.com

019-4602700


PENGEDAR BARANGAN JUALAN AMAT DIPERLUKAN.