30 Ogos 2010 semasa pulang dari kerja, tercetus satu keputusan untuk berprogram di Peneng sempena sambutan tahun kemerdekaan.
6.20 petang bergerak bersama sahabiah dengan motosikal KCB 421 ke Peneng. Pertama kali pi Peneng naik motor.
Sesat juga sementara nak sampai.
Sampai di tempat berkumpul, teruja hati melihat betapa ramai sukarelawan yang datang untuk memberi khidmat tenaga dalam usaha mencegah kemaksiatan.
Dari jauh nun di Sintok sebiji bas gabungan PERKIM dan RM. Terasa hilang kepenatan melihat kesungguhan sahabat sahabiah dari jauh datang membawa senyuman ingin bersama-sama merialisasikan program yang dirancang.
Bersama-sama jemaah Maghrib dan Insyak serta solat tarawih. Selepas solat tarawih,kami dibahagikan kumpulan dan diberi taklimat perjalanan program.
Pada jam 12.20 malam, kami dilepaskan kedataran untuk menjalankan amanah dan tugas yang diberikan. Pantai bersih menjadi sasaran pada malam ini. Seronok melihat suasana malam. Yang kurang seronoknya ramai manusia yang menjalankan aktiviti-aktiviti masing-masing ditepi pantai.
Sedih sangat. KENAPA aku sedih??
Pertamanya sebab mejoriti adalah orang melayu. Keduanya sebab aktiviti disitu kebanyakkan memancing, menyanyi, makan-makan, merenung suasana diseberang, bermotosikal dan macam-macam lagi. Ketiganya adalah disebabkan malam ini adalah malam ke 21 Ramadhan 1431. Aktiviti yang tidak bersesuaian. Bukan sahaja golongan remaja yang ramai. Tetapi kanak-kanak dan orang dewasa pun banyak berada disitu.
Itulah budaya orang Malaysia menyambut malam kemerdekaan. Langsung tidak memikirkan fadhilat amalan malam-malam terakhir Ramadhan.
Sempat menemubual pasangan tok wan dan nenek yang duduk memandang pemandangan seberang laut.
Saya: Assalamualaikum.(Sambil bersalam dengan nenek)
Nenek: Waalaikumsalam.
Saya sempat memandang kearah tok wan yang langsung tidak berminat dengan kehadiran saya. Mungkin saya dianggap menganggu mereka menikmati keindahan malam.
Nenek: Dari mana ni?
Sambil melihat sekeliling yang kebetulan memang ramai golongan-golongan seperti saya.
Saya: Dari Sungai Petani. Ada program kemerdekaan kat sini. Nek ngan wan dari mana? Dah lama ker duduk kat sini? Cantikkan malam ni?
Nenek: Kami pun dari sg Petani. Mai dari tadi lagi nak tengok bunga api kat sebelah sana.
Mungkin jawapan saya yang menyatakan dari Sg Petani menarik minat tok wan.
Wan: Dok kat mana di Sg Petani?
Saya: Saya Praktikum kat Pejabat Agama Sg Petani. Dok kat Taman Ria Jaya. Cantik dak bunga api? Tiap-tiap tahun ker datang sini?
Wan: ooo...ni mai dengan orang pejabat agama ka?
Nenek: Tak nampak pun bunga api. Tahun ni ja mai sini selalu dok pi pantai merdeka dengan anak-anak. Tahun ni anak-anak tak dak.Kami mai berdua saja la.
Saya: Tak. Mai ngan kawan-kawan. (Sambil menunjuk kearah kawan-kawan yang bertugas mengikut cara sendiri)
Setelah lama berborak dengan tok wan dan nenek. Bertanya sikit-sikit maklumat yang aku inginkan. Aku minta diri untuk urusan seterusnya. Sempat lagi tok wan dan nenek berpesan supaya aku jaga diri.
Terima kasih aku untuk mereka atas pesanan yang diberikan. Sekurangnya aku tahu ada juga insan yang senang dengan aktiviti aku.
Dapat aku simpulkan dari aktiviti malam ini, masih ramai manusia yang tidak nampak kelebihan malam-malam terakhir Ramadhan. Biar pun umur diangjung usia, namun masih tidak jelas dengan kehendak diri yang sebenar. Walaupun suka dengan cara dan aktiviti aku, namun tak mampu untuk mendidik anak cucu untuk menjadi seperti aku dengan kawan-kawan.
Program selesai pada jam 3.00 pagi. Aku buat keputusan untuk terus pulang ke Sg Petani. Mujur-mujur sempat ber'qiam'. Sampai rumah jam 5.00 pagi.
Perjuangan seorang pendakwah itu, bukanlah bunga yang ditabur di kiri kanan, tetapi di sepanjang perjalananya akan bertaburan duri yang tajam menikam, hati seorang pendakwah itu selalu dihiris dan diguris. Penawarnya cuma 1, CINTA pada ILLahi, itulah yang menjadikan kita kebal menghadapi tribulasi ujian hidup ini.
Total Pageviews
Tuesday, August 31, 2010
Thursday, August 26, 2010
Tautan Ukhwah
16 Ramadhan 1431H
Hajat minggu ni tercapai dapat balik berbuka puasa bersama sahabat-sahabat dan adik-adik Ai dan ISIP. Distinasi pilihan adalah TM. Gelaran dari diriku sendiri.hehe(ketawa sendiri).
Terubat rindu ku disaat-saat menjadi pimpinan di POLIMAS. Hari ini bersama kembali, walaupun bukan di Surau POLIMAS, tapi makan talam juga di TM.
20 orang lebih yang hadir. Meriah makan berebut..(konon la, banyak yang lebih). Bergurau senda dan seumpamanya. Indah sangat. Solat jemaah bersama-sama. Bertarawih dan bertazkirah. uh..bagai ingin mengalir air mata ini. Biarpun bukan lagi di POLIMAS tapi, itulah kenangan yang terindah dalam memori.
Menjadi iman olat tarawih menguji kebolehan yang aku ada disamping memberi keinsafan kepada ku kerana aku leka. Aku tidak menggunakan masa yang ada untuk mempertingkatkan ilmu (hafaz suruh, hadis dan dalil). Aku sedih dengan keadaan diriku. Namun, sedaya upaya aku berusaha untuk membuat perubahan pada diri ku.
16 Ramadhan berlalu. Pergi lagi kenangan manis ku. Kan ku lakarkan lagi kenangan manis disamping mencari sumber untuk keinfasan dan membina jati diri. Peranangan tersusun. Rumah Mak Ngah menjadi distinasi ke dua. Bersama-sama pimpnan dan adik-adik PEACE.
Jika tadi ku sulam kenangan di POLIMAS. Sekarang terlakat kenangan di UUM. Bersama sahabat sahabiah berprogram. Bergurau dan bergaduh. Bersama-sama merancangan dan menusun strategi untuk melaksanakan aktiviti yang di amanahkan kepada kami. uh..rindu saat itu. Namun, aku berasa bersalah kerana tidak memberi komitmen yang terbaik semasa di UUM. Selalu membezakan antara UUM dan POLIMAS.
Memang tidak akan sama di mana kita kita berada. Masakan kita kekandang kambing masih lagi mengeboh semacam dikandang lembu. Semestinya mengebik supaya kita dapat menyesuaikan keadaan
Berkat Ramadhan 1431H, insya Allah kita akan bertemu lagi. Moga lebih bermakna pertemuaan kita pada kali ini.
For PEACE, ISIP dan AI..aku sanggat-sangat merindui kenangan bersama. Semoga Allah kekalkan ukhwah antara kita semua. Ameen.

Wednesday, August 25, 2010
BERCINTA DENGAN ALLAH

Tanda CINTA seorang hamba kepada ALLAH adalah ketika dia takut akan ancaman api neraka. Sedangkan tanda cinta yang setingkat diatasnya adalah ketika seorang hamba mengharap kenikmatan syurga..
Akan tetapi, tahukah bahawa puncak dari segala darjat cinta adalah keinginan yg demikian menggebu untuk dapat selalu menghadirkan ALLAH di hati. Tekad kuat untuk selalu bersama syariat-NYA dalam segenap sisi kehidupan. Cinta yang melebihi segala cinta kepada sang kekasih, keluarga dan sanak saudara. Memosisikan Allah layaknya Sang Kekasih hati yang selalu berharap berjumpa dengan-NYA, mendekatkan diri pada-NYA dengan berbagai cara, dan rindu untuk menjerut tali kasih serta berjumpa dengan-NYA.
Betapa indahnya bercinta dengan ALLAH,yang dengan cinta-NYA, seluruh isi bumi dan langit pun memuji-NYA.
Sunday, August 15, 2010
Ramadhan Al Mubarak 1431H
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah, dengan nikmat iman dan Islam bertemu jua dengan Ramadhan 1431H. Bersyukur atas nimat yang diberikan, dipertengahan Ramadhan ini jiwa ku tenang dan rindu akan meneruskan Ramadhan kali ini.
Adakah ku berkesempatan untuk menyambut Syawal..Wallahhu'alam. Namun, ku bercita-cita semoga Ramadhan kali ini akan lebih menginsafkan diriku dan berlalunya dengan membawa dosa-dosa lalu. InsyaAllah.
Ramadhan kali ini diraikan di Sungai Petani bersama time Pejabat Agama Daerah Kuala Muda (PADKM) dan member rumah (mek, slay, sya dan wani). Dengan kesibukan melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebagai plajar praktikem, namun tidak ketinggalan melaksanakan suruhan Allah.
Selalu gurauan dari Tuan Syeikh Yusof: "Hai, nampak segar jer. Tak leih ker posa." Apa lagi, aku kan pakar menjawab soalan oral ni."Hehe..biasa Tuan Syeikh, dah praktikal dah bulan Rejab dan Syaaban." Terasa damai sahaja.
Disebalik damai terselit rasa keinsafan atas dosa-dosa lalu. Atas kelekaan dan kepekakan, aku melakukan dosa. Betapa banyaknya dosa ku pada masa lalu.
" Ya Allah, kau ampunilah dosa ku, sesungguhnya ku sedar tidak layak
untuk ku ke syurga Mu, namun tak sanggup ku akan neraka Mu. Ampuni
lah aku. Sesungguhnya ya Allah, Kau Maha Pengampun dosa-dosa besar.
Ibu, aku anak mu, kau ampunilah aku. Kau redhoilah aku sebagai anak
mu, agar aku bisa mencari Kalam Allah demi membetulkan diriku. Amin."
Tegar ku meneruskan kehidupan, moga kisah silam ku menjadi sejarah. Biarlah orang melakukan kepada kita. Jangan kita lakukan kepada orang. Itu salah satu prinsip ku sekarang. Hilangkan sifat dendam dalam diri untuk hidup dalam keadaan tenang dan bahagia.
Ku tinggalkan monolog diriku sebagai satu keinsafan. Berbalik pada situasi sekarang. Aktiviti di PADKM dalam melaksanakan "Ops Ramadhan" menjelaskan betapa ramai orang Islam yang tidak menghormati bulan Ramadhan. Bukan sahaja tidak berpuasa, malah makan dikalayak ramai. Tanpa segan silu makan di kedai cina. Nauzuilahhiminzalik..
Sedih melihat fenomena ini berlaku. Malah ada yang bermaksiat. Menggunakan helah 'cuti', 'tak sihat' dan sebagainya. Terasa satu kehinaan buat Ramadhan bulan teragung. Disebalik aktiviti-aktiviti dijalankan. Bukan sahaja dapat pengalaman untuk ku. Malah dapat pengajaran dan keinsafan untuk ku."Ya Allah, kau lindungilah aku dari melakukan dosa kepada Mu."
"Sesungguhnya, Ramadhan kali ini amat bermakna buat ku. Andai kata, Ramadhan kali ini yang terakhir buatku, moga aku tergolong dalam golongan yang diterima amalan yang dilakukan." Ameen..

Subscribe to:
Comments (Atom)